Monday, July 13, 2015

GILA..1 SYAWAL PUN NAK BERDEMO..


Seluruh umat Islam kini sedang menantikan ketibaan 1 Syawal , hari di mana seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Puasa. Manakala bulan Ramadhan sudah semestinya akan dirindui apatah lagi ianya dianggap sebagai bulan bonus buat seluruh umat Islam kerana pada ketika inilah segala amalan yang dikerjakan akan mendapat berlipat kali ganda pahala.

Sudah menjadi lumrah bagi kebanyakkan dari kita akan mengambil peluang untuk melaksanakan kewajipan masing-masing dan sebahagiannya pula akan menjadikan bulan ini sebagai bulan untuk berubah.Meninggalkan segala perkara-perkara yang dilarang seterusnya berusaha untuk memperbaiki diri agar menjadi seorang manusia yang berguna.

Dalam erti kata lain kita harus menjadikan Ramadhan dan ketibaan Syawal sebagai pelengkap kepada kehidupan sebagai seorang muslimin dan muslimat.Malah kita sebenarnya diminta supaya mengamalkan keceriaan dan bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Anas bin Malik r.a berkata:

"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri."

- Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.

Adalah sesuatu yang amat memalukan sekiranya kita menjadi sebahagian daripada mereka-mereka yang hidupnya hanya terarah kepada soal politik yang keterlaluan sehingga tindakan kita itu mampu mewujudkan perpecahan sama ada sesama umat Islam mahupun dengan bangsa lain.

Antara yang sedang tersebar di media sosial adalah penyebaran poster oleh PKR berkenaan Himpunan Desak Najib Undur dan dinyatakan himpunan terbabit akan diadakan pada tarikh 17 Julai 2015 bersamaan dengan 1 Syawal iaitu Hari Raya Aidilfitri.Himpunan yang kononnya akan diadakan di Dataran Merdeka itu walaupun sudah dinafikan keterlibatan PKR oleh Pengarah Komunikasinya saudara Fahmi Fadzil baru-baru ini , ianya tetap menjadi satu liabiliti bukan sahaja kepada kemakmuran yang dikecapi oleh rakyat Malaysia selama ini tetapi turut mencemarkan kesucian Aidilfitri itu sendiri.

Jika benar PKR tidak terlibat , siapakah pihak yang cuba menjadi batu api pada ketika seluruh umat Islam di Malaysia bakal menyambut Aidilfitri ?

Tindakan mengadu-domba dan cubaan mencetuskan rasa kurang senang sebahagian besar daripada warga Malaysia khususnya umat Islam itu jelas satu tindakan yang tidak bertangungjawab.Pihak yang punya agenda tertentu ini sewajarnya memikirkan tentang rasa hormat terhadap umat Islam seperti mana umat Islam menghormati perayaan penganut agama-agama lain di bumi Malaysia.

Kepada mereka-mereka diluar sana yang mungkin terlalu obses dengan permainan politik murahan ini kita ingin ingatkan kepada mereka jangan sekali-kali mencemarkan sambutan aidilfitri dengan hasutan sebegini rupa.

Sesungguhnya kesan daripada tindakan mereka yang tidak bertamadun ini cukup besar harganya bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga kepada seluruh warga Malaysia amnya.Sebagai rakyat Malaysia kita perlu mengamalkan sikap saling hormat-menghormati dan janganlah sesekali kita menggadaikannya hanya kerana agenda politik sempit yang mampu memusnahkan apa yang telah kita bina selama ini.

7 comments:

Anonymous said...

Kenapa tak nak buat pada hari tahun baru cina?

Oh ya tak ye....perayaan cina tak boleh kacau beb. Nanti big boss DAPigs marah beb!

Anonymous said...

Ini mesti Anwar punya angkara. Lepas demo bolih beraya kat Penjara Sg Buloh.

Anonymous said...

Suruh keje overtime time raya pun tak sanggup, apatah lagi suruh sia2 pi demo...hanya yg dibayar je la yg turun...

Anonymous said...

emmm... najib perlu letak jawatan segera dalam sehari dua ini bagi mengelakkan demo itu berlaku..

Anonymous said...

itu POSTER PALSU...umno ni suka sangat yang palsu!

Anonymous said...

bodoh bangang apa korang bwk berita fitnah haramjadah mana la , sebijik macam kafir dah korang ni , siang puasa dlm masa sama fitnah tak habis2 , mmg gila la korang ni , bodoh bagang mana la yg buat poster tu , ko yg bodoh ni pon masuk dlm blog bodoh ko ni

Bapak Rahmad Bastian said...

Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 atau silahkan KLIK DISINI dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.