Wednesday, April 22, 2015

Peremajaan Bukan Setakat Selfie Sahaja


Sesungguhnya ada perbezaan yang sangat ketara antara pentadbir dan pemimpin, walaupun  kedua-duanya berada dalam kedudukan untuk membuat keputusan atau memberi arahan namun keduanya merupakan individu yang berlainan. Perbezaan utama antara dua individu ini ialah seseorang pemimpin itu berani mengambil dan menanggung risiko untuk mencapai sesuatu matlamat manakala seorang pentadbir tidak akan bertindak atau membuat keputusan di luar lingkup tugasnya. Sebab itu seringkali kita mendengar jawapan yang datang dari seorang pentadbir yang berbunyi begini “Oh maaf itu di luar bidang kuasa saya, kita tak boleh buat apa-apa untuk menyelesaikan masalah ini”. Keberanian dan kesanggupan untuk mengambil dan menanggung risiko demi menyelesaikan masalah atau memperjuangkan sesuatu perkara itulah yang membezakan antara Wakil Rakyat dan Pegawai Daerah, antara Menteri dan Ketua Setiausaha dan antara seorang General di medan perang dan Sarjan mejar rejimen yang memekik arahan dalam kawat atau perbarisan.

Sebab itu sewaktu DAP mencalonkan seorang anak muda Melayu berumur 27 tahun di Pilihanraya kecil Teluk Intan orang tidak berhenti-henti bercakap mengenainya. Bukan kerana calon mereka hebat, petah berhujah ataupun mempunyai kharisma yang tinggi, malah cukup bertentangan sekali, akan tetapi ianya menjadi perbualan anak-anak muda seluruh negara kerana dilihat DAP sanggup mempertaruhkan kerusi parlimen mereka untuk menghantar mesej bahawa mereka benar-benar komited dalam memenangi undi dan hati pengundi muda Melayu seluruh negara. Lim Kit Siang berani mengambil risiko dalam membuktikan kata-kata mereka walaupun terpaksa menghadapi tentangan dalaman parti. Komitmen dan kesanggupan untuk DAP menakluk Putrajaya dibuktikan dengan tindakan mereka. Walaupun akhirnya keputusan itu membuatkan mereka tumpas di Teluk Intan namun itulah risiko yang perlu ditanggung dan dihadapi untuk mencapai satu matlamat yang lebih besar dan perkara seperti inilah yang membuatkan Lim Kit Siang menjadi pemimpin yang disegani di dalam DAP.

Sebelum ada suara-suara sumbang mula berbisik dan mengatakan nampaknya Pemuda UMNO sudah mula menjulang orang kuat DAP izinkan saya tawarkan perspektif ini, UMNO bukanlah satu parti yang maksum mahupun sempurna dan sekiranya kita boleh belajar sesuatu dari lawan kita apa salahnya. Mengakui kelebihan dan kekuatan lawan kita bukanlah bererti kita menyokong mereka akan tetapi ia menunjukkan kematangan berpolitik kita untuk belajar dan mengambil iktibar bagi memperkukuhkan organisasi kita. Seringkali kita asyik mendengar retorik melalui ucapan perhimpunan agung bahawa perlunya kita mendapat sokongan dan undi orang muda apatah lagi dalam pilihanraya umum yang akan datang segmen ini merupakan golongan yang akan menentukan kerajaan yang akan datang. Namun itu hanya tinggal retorik sahaja, tindak tanduk kita tidak mencerminkan kata-kata yang dilaungkan dalam majlis-majlis ucapan dan ceramah, barangkali inilah yang dikatakan himpunan ‘syok sendiri’ yang mana kita berkumpul beramai-ramai sambil menjerit slogan.

Yang Berhormat Ketua Pemuda pernah berkata bahawa orang muda tidak melihat kepada Pergerakan Pemuda atau Puteri sahaja dalam membuat kesimpulan terhadap UMNO, mereka melihat parti secara keseluruhan. Sebab itu proses peremajaan bukanlah setakat laungan atau mengadakan sayap orang muda sahaja akan tetapi ianya haruslah diikuti dengan percambahan baru dari segi idea, dasar, gerak kerja dan juga kepimpinan. Sekiranya kita mengatakan bahawa parti kita benar-benar mahu mendekati dan memenangi orang muda maka kita harus membuktikan dari bentuk tindakan nyata dan bukan sekadar retorik kosong semata. Gimik seperti ‘selfie’, berbasikal setakat 50 meter untuk bergambar atau acah-acah jogging di waktu petang sekiranya tidak diikuti dengan tindakan jitu maka kita akan nampak tidak ikhlas dalam perjuangan serta janji kita. Janganlah anggap bahawa untuk memenangi undi orang muda setakat cukup dengan mempunyai akaun instagram semata-mata.

Seringkali kita mendengar pemimpin atasan mendesak untuk pergerakan pemuda dan puteri menarik golongan profesional muda, pemikir dan mereka yang kritis. Malah banyak kali kita mendengar teguran mereka ini terhadap pergerakan pemuda dan puteri atas kesukaran untuk menarik golongan ini dalam jumlah yang besar. Namun sekiranya tanggungjawab dan tugasan yang diberikan hanyalah setakat konvoi bermotorsikal, mengantung poster atau untuk duduk di pondok panas mengisi data maka setakat itulah kualiti aktivis dan ahli yang dapat kita tarik. Apabila di pihak lawan menampilkan ahli parlimen muda yang petah berpidato serta berhujah manakala kita hanya setakat berani beri tanggungjawab untuk konvoi bermotor janganlah marah dengan pergerakan sayap sekiranya golongan professional jauh dari UMNO.

Usahlah risau dan melompat, sesungguhnya pergerakan Pemuda UMNO tetap setia dan komited terhadap kepimpinan. Ikrar sokongan serta janji kepada kepimpinan sesekali tidak berubah, namun isi hati serta pendapat ini diluahkan untuk mengingatkan kepada pimpinan tertinggi bahawa kita harus melihat sokongan luar dari ruang lingkup parti kita, apa guna kalau kita mendapat sokongan kuat di hampir kesemua 191 bahagian UMNO akan tetapi tergugat kedudukan di 222 kerusi parlimen Malaysia.  Saya kira sudah tiba masanya kita berani mengambil risiko untuk merealisasikan transformasi politik yang seringkali dilaungkan, sesungguhnya kita harus dilihat memimpin di luar ruang lingkup majlis-majlis dan himpunan anjuran sendiri, janganlah setakat menjadi Sarjan yang melaung arahan memimpin perbarisan akan tetapi perlulah ada kepimpinan seorang Jeneral yang mengetuai angkatan di medan pertempuran.

Oleh : 
Khairul Azwan Harun
Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia

1 comments:

Bapak Rahmad Bastian said...

Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 atau silahkan KLIK DISINI dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.