Thursday, February 19, 2015

HOT : SIRUL ADA KAITAN DENGAN ANWAR??

Sejak Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari yang lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam dengan menjatuhkan hukuman terhadap dua anggota UTK Polis sebagai bersalah dan mengenakan hukuman gantung , pembangkang mula tampil menjadi hero untuk mempertahankan pesalah.

Semuanya menjadi lebih panas apabila salah seorang pesalah tersebut Sirul Azhar yang pada ketika itu berada di Australia enggan kembali ke tanahair dan kini berada dalam tahanan pihak berkuasa negara terbabit.

Semacam satu tradisi di Malaysia apabila pihak pembangkang akan segera memberikan reaksi malah sanggup melakukan apa sahaja untuk membela mana-mana pihak yang didapati bersalah oleh mahkamah di negara kita.

Dalam keadaan tertentu seolah-olah ada persamaan dengan kes Sirul dan Anwar Ibrahim.Kedua-dua kes ini memperlihatkan kepada kita bagaimana pihak yang dituduh sebagai bersalah tidak menggunakan ruang dan peluang yang telah diberikan pada ketika dalam perbicaraan untuk mengemukan alasan beserta BUKTI bahawa mereka tidak terlibat.

Sebaliknya mereka akan menggunakan ruang dan kesempatan di luar untuk membicarakan isu terbabit berdasarkan kepada skop dan kemahuan mereka.Selalunya ia akan lebih terarah kepada meletakkan kesalahan itu kepada pihak lain dan mewujudkan persepsi kononnya wujud konspirasi.

Secara tidak sedar rakyat sudah dimomokkan oleh mereka-mereka ini dengan merendah-rendahkan kewibawaan institusi kehakiman negara.

Seperti mana kes liwat Anwar , pembangkang sering kali mempersoalkan kenapa Saiful Bukhari tidak menolak dan melawan arahan atau kemahuan Anwar untuk meliwatnya.

Maka dalam kes Sirul sewajarnya pembangkang berbuat demikian dengan mempersoalkan kenapa beliau tidak menolak arahan atau kemahuan orang atasan seperti yang didakwanya ?

Selain dari itu , kita juga dapat melihat bagaimana pihak pembangkang pada ketika ini begitu kelam kabut dan bersungguh-sungguh untuk membela Sirul sedangkan sebelum ini dalam proses perbicaraan sebelumnya pembangkang seolah-olah tidak berminat.

Apakah keadaan ini sebenarnya merupakan satu lagi konspirasi pihak pembangkang untuk menyerang institusi kehakiman dan mencetuskan satu lagi cerita rekayasa yang boleh dikaitkan dengan kepimpinan negara ?

Kehadiran Sirul di bumi Australia dan tangan-tangan ghaib yang dilihat sedang cuba untuk mempengaruhi beliau untuk melahirkan satu lagi cerita dongeng politik sebenarnya memberikan kita gambaran secara tepat bahawa sesuatu sedang dirancang.

Paling penting adalah persoalan kenapa baru kini Sirul mahu mendedahkan segala-galanya setelah melalui beberapa proses penghakiman yang memakan masa di Malaysia ?

Kenapa perlu berlaku di luar negara dan bukan di Malaysia ?

Dan kenapa tidak di kamar mahkamah sebaliknya memilih di bumi Australia ?  

10 comments:

Anonymous said...

..biar la sirul nak cakap apa pun.. kita dengar dulu.. cina2 kapir harbi kat msia ni mmg menunggu masa dan peluang..

Miss Vee said...

This Is What You Really Want !!
Something That Beyond Your Imagination !! >>> CLICK HERE !!

Anonymous said...

sejak dari dulu pun setiap ada kes yg melibatkan jenayah waima jenayah berat maka loya2 dari puak pembangkang yg paling suka utk tampil membela.
Awasi terus cina2 di Tanah Melayu ni.

Perancangan kuanyu bangsat sedang diaktifkan.

Anonymous said...

Pertanyaan: macam mana Sirul boleh ke OZ sedangkan masih di dalam perbicaraan mahkamah. Macam mana makhamah boleh jatuh hukum dan pesalah di luar negara? Ada tak chronology kes ini supaya senang di fahami seperti kes Liwat 2 anwar?

Anonymous said...

saya tidak menyokong mana2, namun saya berharap ada penjelasan yg wajar.

kita semua faham bahawa, kuasa mahkamah boleh sahaja dipengaruhi kuasa eksekutif atau pemimpin negara. oleh itu, tidak semua hukuman yg dijatuhkan ke atas lawan pemerintah akan adil dan benar kepada pihak lawannya. itu lumrah.

soal perancangan pihak lawan utk mempengaruhi Sirul juga adalah normal kerana mereka tentu berusaha utk mencari peluang demi kebaikan dipihak mereka. Sesiapa pun akan buat perkara yg sama kalau berada di tempat mereka.

So, saya nampak logik apabila pihak lawan pemerintah tidak menggunakan peluang mengemukakan alasan dan bukti pada mahkamah di sini.

Cuma sehingga kini, saya masih tidak jumpa alasan2 kukuh ttg:
1. pelbagai percanggahan fakta dari awal hgg akhir kes liwat 1 dan 2
2. bagaimana kes dakwaan bersifat individu dlm liwat 1 dan 2 pihak pemerintah negara bersekongkol dgn pendakwa. seolah2 memang ada perkaitan antara mangsa dgn pemerintah. bukankah selalunya, pihak pemerintah akan bersikap berkecuali kerana ia tiada kaitan dgn mereka? kes liwat bukanlah kes politik walaupun ada melibatkan ahli politik. begitu juga dlm kes rumah tangga ahli politik (cth dlm kes Bung Mokhtar), pihak pemerintah tak perlu masuk campur dan pihak pembangkang tentu akan masuk campur sekadar menangguk di air keruh.
3. bagaimana seorang mangsa masih blh berbual dan tersenyum selepas kejadian hitam itu di dalam primis peliwatnya? ini sungguh menghairankan.
4. bagaimana semua menuduh ke-4 empat doktor yg memeriksa mangsa adalah orang upahan peliwatnya, sedangkan si mangsa boleh dgn bebas tanpa diketahui oleh peliwat utk membuat pemeriksaa kesihatannya pada bila2 masa dan di mana jua dia mahu?
5. sgt menghairankan apabila Sirul yg sedang menunggu hukuman gantung sampai mati boleh berada di luar negara. Siapa yg membenarkannya ke sana? Kenapa tiada sebarang berita menyatakan dia telah melarikan diri dr penjara? bagaimana masyarakat boleh menerima seadanya kewujudan Sirul di luar negara tanpa tertanya2 siapa yg mengeluarkan dia dr penjara?

Saya masih tertanya2 dan mahukan penjelasan yg munasabah. Sila tolong saya faham semua ini.

Anonymous said...

Anonymous 1:21 AM

Kau spin diri kau sendiri buat apa? Air mani sedalam 4cm dalam dubur Saiful. Dr Osman dari Hospital Pusrawi lepas bersumpah lari keluar dari Malaysia. Bukan dia seorang, PI Bala pun lari lepas buat sumpah kedua .Mendiang Karpal Singh pun tak deny yang liwat 1 & 2 memang berlaku. Kau ni macai Anwar kaki dubur la. Video Anwar balun China doll pun Anwar tak dapat jawab tapi gunakan Hadi Awang jawabkan video itu besi. Kau lah yang mesti muhasabah diri. Sembahyang hajat yang gunakan orang PAS siapa yang dapat musibah. Depan mata Allah kasi bukti. Memang hati kau dah hitam.

Anonymous said...

napa blog umnu mesti byk lucah kan

ha mat said...

Bonus buat pembangkang buat dosa kering pabila ada sesuatu kes mahkamah yg tak menyebahi mereka.

ha mat said...

Bonus buat pembangkang buat dosa kering pabila ada sesuatu kes mahkamah yg tak menyebahi mereka.

Bapak Rahmad Bastian said...

Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 atau silahkan KLIK DISINI dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.