Thursday, January 22, 2015


Satu ketika dulu keluarga ini sanggup berlakon untuk menjalani kehidupan yang sederhana...sama seperti rakyat biasa..tetapi setelah masuk penggal kedua memengang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang..semuanya telah berubah..


Gambar diatas menunjukkan kepada seluruh dunia betapa sederhananya pasangan ini dalam menjalani kehidupan mereka sejak bergelar suami isteri.

Malah dalam beberapa keadaan pasangan ini juga memperlihatkan kepada rakyat bahawa mereka bukanlah seperti pemimpin-pemimpin politik lain yang lebih teruja untuk mengejar kekayaan.

Aksi membotakkan kepala oleh si isteri yang dilakukan sebelum pilihanraya umum ke-13 yang lalu ini penuh dengan segala helah kononnya atas alasan membantah politik wang.

Sedangkan hakikatnya merekalah yang sebenarnya menjadi Raja dalam memungut kekayaan untuk kepentingan diri sendiri.

Sejak 2008 yang lalu , apabila DAP mula bertapak dan berkuasa di Pulau Pinang pelbagai pihak dalam Pakatan Haprak tampil mempertahankan dasar-dasar kerajaan DAP pimpinan Guan Eng.Tidak ada mana-mana pemimpin lain yang lebih hebat daripada anak Kit Siang ini kerana lakonan beliau dan seluruh dinasti Lim berjaya menguasai minda penyokong dan rakyat kononnya merekalah yang paling Zuhud , faham erti marhaen , bersederhana dengan membenci kemewahan sehingga ke satu tahap mengaku mahu mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz.

Maka disaat itu berteriaklah para penyokong PAS kononnya Guan Eng adalah contoh terbaik untuk dijadikan sebagai role model dalam usaha memperlengkapkan perjuangan islamik mereka.

Rasanya tak perlu dihuraikan lagi apa yang berlaku selepas itu , mungkin cukup dengan menyebut PAS hanya dijadikan sebagai fixed deposit kepada DAP untuk terus dijadikan pencacai bagi memastikan DAP terus berkuasa !

Dan semenjak itu DAP terus memperkukuhkan kedudukannya sehingga mula terlupa aksi lakonan mereka sebelum ini sudah mula longgar dan ramai yang sudah mula menghidu bau busuk yang ditutup selama ini.

Apabila kuasa sudah di tangan dan kedudukan sudah diangkat setaraf tokong maka pastilah akan ada kesinambungannya.Godaan hawa nafsu hasil daripada kekayaan yang dimiliki itu tidak mampu ditahan-tahan dan akhirnya bau busuk itu menerjah kesegenap ruang mempertontonkan kepada kita realiti sebenar pelakon-pelakon hebat ini.

Apakah kita yakin bahawa keluarga Lim ini benar-benar zuhud ? Bersederhana dan membenci kemewahan ?  

Lihatlah kemewahan yang dimiliki oleh mereka sekeluarga.Kononnya membela rakyat tetapi hakikatnya mereka terus memperkayakan diri sendiri.


Pada ketika kerajaan bertungkus-lumus berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat , mereka lebih sibuk untuk menjaga kepentingan anak dan keluarga masing-masing.

Pada ketika gerai-gerai milik orang Melayu dan peniaga di Pulau Pinang dirobohkan atas pelbagai alasan yang tidak masuk akal , pelbagai perancangan lain untuk terus mengukuhkan dinasti mereka rancak dilakukan.

Habis segala bapak , anak , menantu disusun sebagai langkah persediaan sekiranya satu hari nanti mereka hilang kuasa dan pengaruh.

Apakah Guan Eng dan dinasti Lim benar-benar berjiwa rakyat ? 

Rasanya tidak kerana pembangunan di Pulau Pinang sudah membuktikan kepada kita apakah yang menjadi matlamat mereka.

Pembinaan rumah-rumah mewah mencecah jutaan ringgit , pengondolan bukit , penarahan bukit-bukau selain pengusiran penduduk kampung untuk memberikan laluan kepada projek mewah dan pelbagai perancangan bernilai berbilion ringgit seperti pembinaan terowong merupakan bukti jelas bahawa ada sesuatu yang berlaku.

Sehingga artikel ini ditulis tidak ada satu pun projek perumahan mampu milik untuk rakyat dibina oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang.

Apakah kita masih yakin mereka berjiwa rakyat ?



Perubahan yang berlaku terhadap Betty Chew bukan sahaja membuktikan kepada kita mereka sudah terlalu jauh meninggalkan taraf marhaen tetapi juga bukan lagi dalam kumpulan zuhud dan jauh sekali membenci kemewahan.



Mungkin masih ada yang terlupa pada ketika mereka sedang bermewah ini , kedudukan pendapatan dan perolehan serta pelaburan ke dalam Pulau Pinang tidak menunjukkan peningkatan selain menjunam sejak negeri itu di tadbir oleh ketua menteri bernama Lim Guan Eng.

Namun kehidupan dan perbelanjaan besar yang di tunjukkan oleh keluarga ini memperlihatkan sebaliknya.

Sebagai pemimpin yang sering kali mengaku bahawa beliau begitu teruja untuk berjiwa rakyat dan mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz rasanya Guan Eng bukan setakat GAGAL tetapi BERJAYA menipu hampir seluruh warga Pulau Pinang.

Bayangkan pada ketika rakyat menangis kerana hilang punca pendapatan ... Guan Eng , isteri dan keluarga boleh hidup senang lenang dengan angka pendapatan mencecah jutaan ringgit.


9 comments:

Anonymous said...

Kami mencadangkan bahawa nama Georgetown diubah menjadi Limcity. Nama George berbau penjajah dan tidak relevant pada masyarakat Pulau Pinang. Nama Lim City paling relevan kerana keluarga Lim adalah nadi Pulau Pinang dan tanpa mereka semua rakyat Pulau Pinang tidak larat hidup.

Jadi sokonglah nama Lim City.

Anonymous said...

Si PENGGANAS/PEROMPAK DAPBANGKAI BABI anak beranak mahpun laki-bini amat TAMAK ni nak tunjuk merekalah TUAN/‘MADAM‘ kononnya kat TANAH MELAYUISLAM; pusaka nenek moyang berzaman kita ni dan kita BUMIPUTERA Islam/Melayu ni KULI depa! Dasar PELAHAP KANGKANG BABI! Apalagi si puak DAPBANGKAI BABI ni dok berangan P.Pinang tu dah jadi SingaPORK-no.-2!

Yg. aku heran tu si PENGGANAS anak beranak DAPBANGKAI BABI ni asyik terlepas walau dok asyik hina ISLAM/umatnya termasuk membiayai kumpulan haramnya dulu, menggunakan duit K'jaan negeri. Serta disyaki penglibatan RASUAH dlm. menjual tanah K'jaan negeri dgn. amat murah dan meluas!

Dan sepatutnya P. Pinang yg. makin TERGADAI mcm. SingaPORK tu dikembalikan kpd. DYMM Kesultanan Islam/Melayu Kedah kita - lihat artikel sungguh BERNAS ini di http://alamijiwaparadox.blogspot.com/2015/01/penang-akan-kembali-ke-tangan-kedah.html, PENANG AKAN KEMBALI KE TANGAN KEDAH TIDAK LAMA LAGI????, January 14, 2015!

Legasi PENJAJAH British/Zionis-KEPARAT yg. menyebabkan P. Pinang TERGADAI mesti diHAPUS dan diLAWAN habis-habisan!

Nek Tempoyak.

Anonymous said...

Bag tangan 12k...ingatkan 24 juta macam harga cincin badak

Anonymous said...

Anon 11.07 kau ni bebal tak sudah...org bagi penjelasan kau pekakkan telinga..kau tuduh org tanpa bukti...jadilah orang yang berakal sikit..ramai orang kaya kaya kat Malaysia ni kenapa orang yang kau anggap Badak tu juga yang kau sayang..esok tak cukup hari nak minta maaf..contoh dah ada..org yang kau puja puja masih Allah panjangkan umur untuk dia mengakui dan memohon maaf dari kata katanya yang banyak menyakiti hati umat islam termasuk aku..kalau tak mohon maaf tak tau lah...

Anonymous said...

maafkan anon 11.07 sebab dia kurang cerdik..dia hanya macai saje

megat panjialam said...

Org yg merekacipta fitnah cincin 24 juta kini digantung keahlian PKR. Itulah seorang manusia dajjal yg memfitnah kerana seorg peliwat yg kehilangan jam.omega.

Anonymous said...

nampak gayanya malaysia akan terus mundur... BN PR semuanya puaka belaka

Anonymous said...

Orang penang teramat bodohnya.

kung kalikung said...

Penulisan yang baik. Tuan yang budiman, mohon pautkan blog baru saya ke dalam blog tuan.

http://kungkalikung2015.blogspot.com/

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.