Sunday, January 18, 2015


Malaysia sejak 57 tahun yang lalu sudah pun membuktikan kepada dunia bahawa negara yang berasaskan kepada pertanian ini sudah berjaya berubah menjadi sebuah negara perindustrian yang moden dan kini menuju status negara maju.

Secara jujurnya bukanlah sesuatu yang mudah untuk melakukannya dalam tempoh 57 tahun sejak negara mencapai kemerdekaan sekiranya Malaysia tidak memiliki sebuah kerajaan yang mantap dan kekuatan politik parti yang menaungi kerajaan selama ini.

Dan kerana itulah maka pada setiap waktu barisan kepimpinan UMNO , parti yang menjadi teras kepada Barisan Nasional dalam memimpin negara acap kali berusaha serta memikirkan sesuatu yang mampu dijadikan sebagai pemangkin kepada matlamat Malaysia untuk mencapai kejayaan.

Ungkapan untuk meremajakan parti UMNO yang banyak dibicarakan dalam Persidangan Agung UMNO 2014 yang lalu merupakan BUKTI betapa parti keramat orang Melayu ini tidak pernah berhenti untuk memperbaiki kelemahan selain daripada meneruskan usaha bagi mengangkat kedudukan orang Melayu untuk sekurang-kurangnya sama tinggi dengan kaum-kaum lain.

Namun begitu ianya tidaklah bererti bahawa UMNO selama ini kebudak-budakkan hanya disebabkan laungan tranformasi untuk meremajakan parti dan bukan juga disebabkan parti UMNO tidak matang.

Selain dari itu ada juga yang menyebut bahawa UMNO telah mati sejak zaman 80an yang lalu seterusnya menyebabkan jangka hayat parti itu masih muda.Namun kita harus ingat parti orang Melayu ini telah lahir sejak zaman sebelum merdeka lagi dan parti inilah yang menjadi asas kepada kemerdekaan negara selain daripada memperjuangkan hak orang-orang Melayu.

Dan kalau betullah UMNO itu mati pada era 80an yang lalu , Malaysia pastinya masih ditakuk lama tidak berkembang.Tidak akan ada pembangunan dan pembinaan tamadun seperti mana yang dimiliki hari ini.Macam cerita Conan The Barbarian tak bertamadun perang sana sini sebab nak rebut kuasa.

Tetapi lihatlah Malaysia pada zaman ini dengan Hub pelancongan , Hub Perniagaan dan Hub Halal yang telah diwujudkan , pembinaan Menara Berkembar KLCC , Trek lumba di Sepang , bangunan pencakar langit yang pesat di Kuala Lumpur , kawasan luar bandar yang kini sudah mempunyai rangkaian jalur lebarnya , lebuhraya yang menjadi teras kepada sistem perhubungan dalam negara menjadi petunjuk bahawa Malaysia kini dah berkembang maju. 

Semuanya berlaku pada saat dan waktu UMNO menjadi pemerintah bersama-sama Barisan Nasional dan ini bermakna UMNO itu sebenarnya sudah matang. 

Maka sudah menjadi lumrah apabila kita mampu mencapai satu persatu kejayaan akan ada pihak lain yang tidak akan senang dengan apa yang kita miliki.Segala usaha akan dilakukan oleh pihak-pihak terbabit untuk memusnahkan reputasi tersebut dengan menyerang pemimpin-pemimpin tertentu agar imej kerajaan tercalar seterusnya menghasut rakyat agar menolak kerajaan yang selama ini menjadi tulang belakang kepada kejayaan negara selama 57 tahun semenjak merdeka.

Isu melibatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini sedang rancak dicanang ke serata pelusuk negara jelas merupakan satu lagi agenda besar mereka-mereka yang tidak senang dengan keperibadian serta kesungguhan pemimpin ini membanting tulang membawa Malaysia untuk mecapai kejayaan.

Tohmahan bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid kini sedang terlibat dalam perebutan untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri adalah sesuatu yang amat memeranjatkan.Semuanya berlaku pada saat dan ketika kerajaan bertungkus-lumus membantu mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur yang terbeban dengan kehilangan harta benda termasuk rumah kediaman.

Apakah kerana ada pihak yang kurang senang dengan situasi tersebut ? Maklumlah rakyat hari ini dapat melihat sendiri siapa sebenarnya yang benar-benar ikhals dan jujur membantu rakyat.

Malah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kita kenali bukanlah seorang pemimpin yang suka melawan ketuanya apatah lagi Perdana Menteri.

Kita dapat melihat keikhlasan dalam gerak kerja beliau selama ini dan kalau seseorang itu melakukan kerjanya dengan ikhlas , kedudukan darjatnya tinggi disisi Allah S.W.T. Beliau tidak mengejar pangkat dan sebagai Menteri Dalam Negeri yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan beliau hanya menjalankan kewajipannya untuk menjaga keselamatan rakyat dan bukan sebab kepentingan peribadi.

Jangan jadi macam Anwar Ibrahim yang melawan Dr. Mahathir, nanti tak sempat nak jadi apa pun. Ini sebenarnya agenda pemimpin Pembangkang untuk pecahkan UMNO. Kalau pecah, senang nk serang. Ingat tak zaman British menjajah Tanah Melayu? British buat cara Pecah-Perintah. Yang Melayu duduk kampung, sekolah kampung dan bersekolah agama.

Yang Melayu keturunan Pembesar dan kaya-kaya sahaja Sekolah Orang Putih. British bawa masuk Orang Cina di Bandar untuk berniaga. Kaut keuntungan hasil Tanah Melayu. Orang India pula di bawa masuk estet, kerja untuk British, bawa balik semua keuntungan ke British.Kalau kita pergi ke London, bangunan-bangunan tu semua buat pakai duit kita. 

Ingat lagi macam mana Tun Mahathir buat Serangan Subuh “Dawn Attack on London” pada tahun 1981 untuk dapatkan kembali pegangan Orang melayu pada Estet-estet di Tanah Melayu yang dah diambil oleh British? Sampai Perdana Menteri Britain pada masa tu, Margaret Tratcher “panas” dengan tindakan kita. Kejadian yang menjadi titik tolak sokongan politik Margaret Tratcher lemah. Kita nak jadi macam ni ke? Kita tak berperang untuk ambil balik hak kita. Kita guna kebijaksanaan. Ini petunjuk kita matang. Petunjuk pemimpin UMNO zaman itu matang. Petunjuk UMNO memang dah matang. Kalau UMNO tu remaja, pakat-pakat berkelahi lah jawabnya.

Masa Anwar Ibrahim tak setuju dengan PM, dia bukan letak jawatan ! Dia menentang dan akhirnya dipecat oleh Dr. Mahathir atas sebab yang satu dunia pun dah tahu kenapa.Selama mengenali Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi beliau sememangnya berjuang untuk Melayu pada ketika ada pihak lain pula memperjudikan Orang Melayu. 

DAP dari dulu lagi cakap pasal hak cina. Hal Orang Melayu dia nak masuk campur, hak Orang Melayu dia nak hapus. Hal Ehwal agama Islam pun dia nak kacau. Apa cerita ni? Salahkah kalau Orang Melayu mempertahankan hak-hak yang dia ada sekarang ni daripada dirampas Cina DAP ni? Tak cukup-cukup lagi ka apa yang Orang Melayu dah bagi? 

Melayu dah tak macam dulu dah. Nak bergaduh sesama mereka. Kalau semua Melayu nak bergaduh, bila masa kita nak berjuang untuk kepentingan Orang Melayu. Menang sorak, kampong tergadai !

PRU 14 nanti, Majlis Jawatankuasa Tertinggi UMNO, Presiden, Naib Presiden, Ketua Pemuda, Ketua Puteri, tolong-tolonglah beringat. Jangan tidur lena dibuai mimpi. Amanah yang diberikan rakyat tu, jagalah elok-elok. Bertindak dengan kebijaksanaan. Rakyat melihat terutamanya orang-orang kampong ni. Kembalilah pada orang kampong. Jatuh bangunnya UMNO dulu kerana adanya orang kampong. Serah gadai harta benda, tanah pusaka untuk buat belanja Tunku ke London untuk menuntut kemerdekaan. Tak ada orang bandar buat benda yang sama. Tak ada bangsa lain pun macam tu sebab nama pun Tanah Melayu. Bukan Tanah Cina, Tanah Arab atau Tanah India. Kalau UMNO lupa sumbangan dan sokongan ni semua. PRU 14, terkuburlah UMNO.

Tanpa Melayu, siapalah UMNO. Pesanan pemimpin terdahulu di Perhimpuanan UMNO pada masa itu, Tun Musa Hitam semasa menjadi Timbalan Presiden UMNO ada berpesan, “baliklah ke kampong. Orang UMNO ada di kampong”.

Datuk Seri Ahmad Zahid ini orang kampung beliau tahu denyut hati rakyat marhaen.Beliau membesar di kampung dan pernah jatuh dan bangun semula. Orang macam ini lah kita nak. Bukan tak nak pemimpin sekarang. Cuma bak kata pepatah, “air dicincang takkan putus”, “bagai aur dengan tebing”..masing-masing saling memerlukan.

Datuk Seri Ahmad Zahid jangan bimbang dan jangan takut. Jangan jadi Orang Cina. Mereka takut mati. Sebab tu kedai sinseh ada segala kayu, batu, daun dan macam-macam lagi. Semua boleh jadi ubat untuk elak mati. Kalau Orang India pula terbalik. Nak beli kereta, dia tanya berapa orang boleh naik? Sebab dia takut hidup sorang. Kalau Orang Melayu, takut orang kata. 

Peduli apa, Datuk Seri Ahmad Zahid ini negeri kita. Kita sama-sama berjuang memartabatkan Orang Melayu. Berjuanglah.

3 comments:

berasiam said...

bukan main sanjung mat zahid ni, betui ka mat zahid tak pernah lawan ketua? bukan yang buat isu kkn dulu mat zahid masa jadi ketua pemuda umno. masa tu dr mahathir sebagai ketua. mat zahid berketuakan siapa? zampai sekarang berketuakan anwar ibrahim kot. sejak sekolah izzudin dah terpukau dek anwarlah katakan.

masa kempen naib presiden umno dok janji nak buat institut perkaderan umno untuk rekrut ahli baru. sampai la ni dah berapa lama tak nampak apa pun, tak dengar apa pun. memanglah tak layak nak jadi tpm.............

Anonymous said...

Bila senang dipuji, bila susah dikeji....adat berpolitik...saya bukan orang melayu tapi saya respect dato zahid. Saya tak kenal sangat dato' zahid, tapi saya tahu dia boleh buat kerja...kongsi gelap, taukey dadah dia lawan..itu yang kita mahu.Dulu mana ada macam ni punya berani nak lawan puak puak kongsi gelap ni.kalau boleh bawa balik itu paul phua ke malaysia lagi bagus, semua taukey kongsi gelap mesti ada link judi dengan ini orang, minta dia dedahkan semua nama taukey kongsi gelap ni dan tangkap...kita tak mahu dah hidup dalam ketakutan, dato zahid tolong teruskan lawan samseng samseng kongsi gelap ni.

Muji Anto said...

http://gambarawekmelayu.com/

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.