Monday, January 26, 2015

HOT : TARIKH KERAMAT BAGI ANWAR...


Melewati 2 bulan tanpa perkembangan setelah tamat prosiding hujahan pada 4 November 2014, akhirnya Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 Februari depan bagi mengumumkan keputusan rayuan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Perkara ini diumumkan melalui Twitter rasmi Mahkamah Persekutuan, pada tengah hari Isnin.
Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Hubungan Antarabangsa Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Mohd Aizuddin Zolkeply turut mengesahkan berita ini.
Peguambela Anwar, Ramkarpal Sigh pula berkata pejabatnya menerima notis keputusan tersebut kira-kira jam 12.15 tengah hari.
Anwar, 67, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.
Pada 7 Mac tahun lalu, Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun, namun dilepaskan dengan jaminan RM10,000.
- MyNewsHub
**Agak-agaknya Anwar akan terlepas tak kali ini??

3 comments:

kung kalikung said...

Penulisan yang baik. Tuan yang budiman, mohon pautkan blog baru saya ke dalam blog tuan.

http://kungkalikung2015.blogspot.com/

Anonymous said...

Justice for Saiful! I will be very disappointed if Anwar doesn't end up in jail. Anwar dah puas round the world menabur fitnah dengan memburuk-burukkan negara dan bercuti sakan dengan keluarga. Kini dah sampai masanya pulak for Anwar to rest in jail for the rest of his life.

Anonymous said...

Sumbat saja peliwat ini dalam penjara supaya negara lebih berkat. Sudah terang lagi bersuluh. Peguam2 anwar sendiri pun mengaku dia meliwat secara suka sama suka kononya. Namun begitu, peliwat tetap dilaknati Allah. Wahai para hakim yang bijaksana ingatlah Allah apabila membuat keputusan.Kaum Luth yang mengamal homeseksual telah dibinasakan oleh Allah dengan menterbalikkan bumi mereka dan menhujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar. Begitu berat siksaannya dan begitu jugalah besar dosanya seorang peliwat. Jangan berikan peliwat kemenangan (walaupun dengan alasan teknikal) kerana anda semua akan menanggung dosa yang amat berat. Peliwat mesti dihukum sebagai pengajaran kepada pengamal2 homoseksual lain di Malaysia. Semoga Malaysia aman dan makmur selepas ini.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.