Saturday, November 22, 2014

HOT : SIAPA PULA PM SAMAN...


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengemukakan notis tuntutan terhadap Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berhubung kenyataan pemimpin pembangkang itu mengenai syarikat pelaburan negara, 1 Malaysia Development Bhd. (1MDB)

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu didakwa mengeluarkan kenyataan tersebut pada 3 November lalu yang memberikan gambaran Najib tidak layak mengetuai pentadbiran negara.

Surat tuntutan itu yang dikemukakan melalui firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak menuntut supaya Tony Pua, 42, menarik balik kenyataan tersebut dan menyiarkan permohonan maaf dalam masa 14 hari dalam dua akhbar tempatan.

Tony Pua pada tarikh tersebut memberikan ucapan yang dirakamkan bertajuk “Tony Pua: Najib is creating the biggest scandal ever in the history of Malaysia,” semasa majlis makan malam kutipan dana.

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan itu juga diminta supaya menarik balik video tersebut selain menghentikan apa juga kenyataan fitnah yang berkaitan dengannya selain membayar sejumlah wang pampasan kepada Najib.

Menurut peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang mewakili Najib, kenyataan Tony Pua itu membawa maksud, anak guamnya tidak layak menjadi Perdana Menteri dan pemimpin Barisan Nasional (BN), menimbulkan skandal terbesar dalam sejarah Malaysia, bersikap kejam, kuku besi dan tidak boleh dikritik, serta zalim dan menindas rakyat.

Kenyataan tersebut juga menurut Mohd. Hafarizam berbaur fitnah dan suatu tuduhan yang serius dan berniat jahat terhadap Najib itu menyebabkan pemimpin tersebut berasa malu dan menerima tekanan hebat.

5 comments:

jgn jadi bodoh!!! said...

bagusl..sblm PAU kena nampak gagah..lps PAU menikus la blk..UMNO bkn lagi parti perjuangan agama,bangsa dan negara..nak ckp hidup melayu pn takut!!!

Anonymous said...

PAU kali ni ada buat pemilihan ke??? Kalau ada, patut la kene berlakon dulu... tapi setahu aku pemilihan dah buat tahun lepas....

Anonymous said...

Jgn jadi bodoh...memang bodoh pun..nak komen buat la homework dulu

Anonymous said...

Bagus juga ni..Kang banyak perkara terkorek nanti..kita sebagai rakyat nak tau jga..

Anonymous said...

Eluk saman. Tuntut RM1 bilion biar bankrap si pemfitnah.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.