Wednesday, November 5, 2014

HOT : ARMAN AZHA BUAT HAL LAGI..


EP agak tertarik dengan isu peremajaan parti yang cuba di bawa oleh Saudara Arman Azha, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia..

Tujuan EP kongsikan artikel ini bukan untuk menentang tetapi ingin mencari titik permulaan dalam transformasi meremajakan parti seperti yang dijanjikan oleh Presiden parti untuk survival UMNO dalam PRU 14..

Apa komen anda??


Assalamualaikum Dan Salam 1Perjuangan ,

Tertarik hati saya bila tiga Senator dilantik semalam dimana ketiga2 Senator berusia lebih 50tahun, sampai bila lah nak ada peluang utk berikan ruang dan peluang bagi pimpinan muda yg konsisten dalam gerak kerja sebagai Senator2 muda bagi mengangkat agenda yang dilaungkan transformasi politik.

Saya rasa tak salah jika berikan lantikan Senator pada selain pada veteran Parti :

1) Pimpinan Muda UMNO/BN 

2) Wakil NGO muda/belia

4) Wakil Veteran Tentera

5) Wakil Veteran Polis

6) Wakil Golongan Pimpinan OKU

9) Wakil Pendidik Muda

PRU14 pengundi muda akan bertambah dan rata2 anak muda mahukan pimpinan gabungan antara baru dan lama bagi memantapkan dasar2 kerajaan.

Bila lar nak buka mata ttg kepentingan suara orang muda dlm pembuat dasar. Sampai bila lar nak peremajaan Parti.

Masih relevan ker laungan Peremajaan UMNO/BN ? Anak muda mahukan kolobrasi pimpinan muda dan lama dalam pembuat dasar parti mahupun kerajaan..

Tetapi jika kita nilai keadaan kini ianya masih tidak seimbang dlm kedudukan orang muda baik drpd segi peremajaan parti mahupun kerajaan.

Bukan sekadar itu, qouta bagi orang muda dalam GLC juga masih tidak dilaksanakan. Landskape politik dan ekonomi berubah mengikut zaman.

Cuba kita renungkan sejarah, kemerdekaan juga hasil perjuangan anak2 muda. Dahulu kita boleh lihat kepimpinan negara bermula pada usia muda kerana diberikan peluang dan ruang oleh generasi kepimpinan terdahulu.

Kenapa zaman itu mudah , kenapa kini susah..Harus ingat PRU14 peratusan pengundi muda meningkat, rata2 mahukan orang muda sebagai wakil suara mereka.

Kesian tgk bila seseorang yg tiada pendirian..Kita konsisten dlm perjuangan bagi kepentingan orang muda, terutama dlm isu peremajaan Parti...Kita sebagai pemimpin muda parti harus berpegang pada pendirian dlm perjuangan bukan mengikut buta sahaja..

Ada ker nak bandingkan kouta Senator ngan Parlimen Belia..Kesian bila tak paham ianya dua perkara berbeza..Ada ker keluar statement macamana kalau veteran minta kouta Parlimen Belia..Soalan yg dilihat emosi.

Cakap depan2 baru contoh pemimpin. Bukan cakap belakang tapi tak paham kenapa kita nyatakan "PENTINGNYA PEREMAJAAN PARTI" Ianya harus ada perlaksanaan bukan sekadar laungan retorik.

Saya konsisten dlm isu kepentingan orang muda bukan bermusim. Pada yang emosi nak marah silakan..Itu bezanya saya dan orang lain. BERKATA BENAR WALAUPUN PAHIT..

Saya secara konsisten perjuangkan suara orang muda dlm kearah negara maju selaku generasi pewaris negara .

"Berkata Benar Walaupun Pahit"

Renung2kan pimpinan negara .

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Msia

3 comments:

Anonymous said...

sibuk nak cari jawatan dan duit...berebut la hampa!!

Anonymous said...

SANGAT SETUJU. BILA LAGI ORANG MUDA YG BERKEBOLIHAN NAK DIKETENGAHKAN. KALAU KITA LIHAT KETUA CAWANGAN UMNO HARI INI KITA DAPATI MASIH RAMAI MEREKA2 INI DIKALANGAN ORANG2 LAMA DAN TAK BERPELAJARAN. BILA LAGI MAU BERUBAH

Anonymous said...

Masalahnya.. org muda mcm KJ
x guna punya pemuda

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.