Wednesday, August 13, 2014


NASIHAT KEPADA TAN SRI KHALID IBRAHIM DAN PAS

Nasihat saya kepada Tan Sri Khalid supaya melakukan segera perkara-perkara berikut:

1. memecat dengan serta-merta Anwar Ibrahim daripada jawatan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dan mengarahkan Anwar mengosongkan serta-merta pejabat PENS dan membawa bersamanya kesemua kakitangan yang ada;

2. memecat serta-merta kesemua anggota Exco Kerajaan Negeri daripada PKR-DAP; 

3. memecat serta merta Saifuddin Nasution Ismail daripada jawatan Penyelaras Perhubungan Kerajaan Negeri dan PKR dan mengarahkan beliau mengosongkan pejabat dengan serta-merta;

4. memecat serta-merta kesemua Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurus Besar dan Ahli Lembaga Pengarah daripada parti PKR-DAP didalam kesemua GLC, Perbadanan dan syarikat milik atau yang dikuasai oleh Kerajaan Negeri Selangor;

5. melantik sekurang-kurangnya tambahan 6 orang lagi ADUN PAS menjadi Exco Kerajaan Selangor, ini akan menjadikan Exco Selangor mantap dan kuat dengan 10 anggota Exco;

6. apabila Dewan bersidang nanti, memecat Speaker dan kedua-dua Timbalan Speaker daripada DAP-PKR dan melantik seorang yang bukan ahli parti, seperti bekas Hakim Mahkamah Persekutuan atau yang setaraf dengannya sebagai Speaker DUN yang baru,

7. memberi surat tunjuk sebab kepada semua Ahli Majlis PBT daripada DAP-PKR menyatakan mengapa mereka tidak harus dipecat kerana menyokong pendirian parti mereka DAP-PKR memecat Tan Sri Khalid. Jika mereka masih menyokong DAP-PKR, maka kesemua Ahli Majlis PBT tersebut wajib dipecat serta-merta;

8. Kesemua jawatan Ahli Majlis PBT yang dikosongkan itu hendaklah diisi oleh ahli-ahli PAS atau aktivitis masyarakat yang bersesuaian;

9. mengadakan pertemuan segera dengan kesemua ADUN PAS Selangor dan pimpinan PAS Negeri dan Pusat untuk memastikan kelancaran pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

10. mendedahkan kepada rakyat, jika ada, kesemua projek atau habuan kewangan yang telah, sedang dan dalam proses diperolehi dan atau diberikan kepada Anwar Ibrahim, kroni atau ahli keluarganya, atau pimpinan dan ahli PKR-DAP serta kaum keluarga mereka.

Kepada Datuk Nik Aziz, Datuk Seri Hadi Awang, dan kepimpinan PAS, saya mendoakan supaya istiqomah dalam keputusan menyokong Tan Sri Khalid. Saya mendoakan supaya mereka dihindari dan dijauhi daripada fitnah, tipudaya, pembohongan dan putarbelit daripada PKR-DAP dalam keputusan mereka mempertahankan Tan Sri Khalid.

Manakala kepada PAS pula, saya nasihatkan supaya mengambil kesempatan daripada peluang pembentukan Kerajaan Selangor ini dengan menunjukkan kehebatan dan kebaikan pemerintahan Islam. Fahami prinsip Fiqh Awlawiyyah dalam pemerintahan dan pentadbiran Kerajaan.

Jangan lakukan kesilapan seperti yang telah dilakukan sebelum ini. Pertahan dan perkasakan Islam dan syariat Islam sebagaimana yang ditetapkan Allah didalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah saw; dan jagalah kepentingan dan kebajikan orang Melayu sebagaimana yang telah diperuntukkan oleh undang-undang tanpa menafikan hak atau menzalimi kaum bukan Melayu dan bukan Islam.

Ingatlah, Allah yang memberikan kuasa, dan Allah yang menarik balik kuasa!

Peganglah amanah yang diberikan Allah ini sebaik-baiknya. Jangan jadikan jawatan dan pemerintahan sebagai medan membuat habuan, tetapi jadikan ianya sebagai suatu amanah yang perlu dipertanggungjawabkan dihadapan Allah nanti!

Allah hu akbar, walillah hilhamd!
Wallahhua'lam dan wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
16 Syawal 1435
12 Ogos 2014

6 comments:

Anonymous said...

tiada sekelumit pun umno disebut walaupun umno juga yg merealisasikan kerajaan ini walaupun ucapan terimkasih. mungkin tanpa syarat tu termasuk tanpa ucapan terimkasih? tak pa lah umno. niat dalam hati kita biar Allah jua yang membalasnya. in sha Allah

Anonymous said...

ni baru batul zul ketum..... biar jadi teratai acntik dan berguna... akar pun jejak kat bumi
ni jadi kiambang.... ke hulu ke hilir.... tp hasil tarak

Mr.Daily Net said...

Salam dan Selamat sejahtera,

Mohon sahabat-sahabat tolong viralkan program PERTANDINGAN INSTAGRAM MERDEKA ke 57.

Untuk keterangan lanjut :

Sila 'LIKE & SHARE' https://www.facebook.com/JASAInstagramMerdeka

Sila FOLLOW akaun INSTAGRAM http://instagram.com/instamerdeka
dan akaun TWITTER https://twitter.com/instamerdeka

* Tunjukkan rasa cinta anda dalam menyambut Hari Kemerdekaan ke 57 dengan mempamerkan GAMBAR-GAMBAR dan 'SELFIE" UCAPAN KREATIF anda di Instagram.

* Hanya gunakan hashtag ?#?IM57? dan mention @InstaMerdeka di akaun Instagram untuk menyertai pertandingan ini.

Sekian, Terima kasih.
#IM57 JASAInstagramMerdeka

Anonymous said...

X perlu ucapan terima kasih...
Yg penting kaki juboq dan komunis tumbang..

Tp klu nak puji ok kot...
Ada menteri kabinet yg suka dipuji..
Padahal x ada hasil pun...

Anonymous said...

SALAM,
SAYA BERDOA SEMOGA TAN SRI KHALID TETAP TEGUH SEBAGAI MB SELANGOR. TERUSKAN KERJA ANDA UNTUK MENOLONG RAKYAT DI SELANGOR. PEDULIKAN LALAT2 NI !

Anonymous said...

HIdup Umno / BN, terus gagah merentas arus kecelakaan yang telah dicipta oleh pakatan haram jadah..

Main pakat2 kat kedai jijah,
Tertubuhlah Pakatan Haram Jadah,
Si Nuar sibuk aksi menujah-nujah,
Balasan Allah tiba sudah,,,,

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.