Wednesday, August 6, 2014



Sidang media di ibu pejabat PKR kecoh gara-gara satu kenyataan yang diedarkan atas nama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor.

Kenyataan yang diedar bertajuk 'MPN Selangor Cadang Dua Nama Untuk Selesai Kemelut MB' itu jelas bertentangan dengan sidang media yang sedang berlangsung ketika itu.

Sidang media yang dikendalikan wakil-wakil Adun Selangor dan wakil-wakil cabang PKR itu menyebut tentang sokongan mereka terhadap cadangan menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Menurut kenyataan yang disebar itu, MPN Selangor menghormati sokongan beberapa pimpinan kepada Wan Azizah namun berpendirian PKR harus membenarkan seorang lagi nama diangkat iaitu Mohamed Azmin Ali.

Gara-gara percanggahan itu, semua media bangkit untuk meminta penjelasan daripada Adun Ampang, Zuraidah Kamaruddin yang mengetuai sidang media tersebut.

Pada awalnya beliau dan wakil-wakil lain enggan memberi sebarang kenyataan namun selepas sidang media selesai, pihak media berjaya mendapatkan kenyataan daripada Zuraidah.

"Pihak kami tidak keluarkan kenyataan itu dan kami tidak tahu (siapa yang edar).

"Tapi kami akan siasat perkara ini," katanya.

Bagi EP jika dibandingkan antara Wan Azizah dengan Azmin Ali..Azmin Ali lebih layak untuk menjadi MB Selangor...


0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.