HOT : PULAU PINANG TAK HORMATI HARI PERKABUNGAN NEGARA?? #MH17 @RRAFIZAL


KENYATAAN MEDIA
PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI PULAU PINANG

BERKAITAN PROGRAM MUZIK DAN DRAMA ‘THE KITCHEN’ ANJURAN GEORGETOWN FESTIVAL PADA 22 OGOS 2014

Pergerakan Pemuda Negeri kecewa apabila dimaklumkan berkenaan program Muzik dan Drama anjuran Georgetown Festival ini yang akan tetap diteruskan pada 22 Ogos ini. Umum telah mengetahui bahawa Kerajaan Malaysia telah menetapkan 22 Ogos 2014 sebagai Hari Berkabung Negara dan negara serta seluruh Rakyat Malaysia masih bersedih dengan kejadian MH 17. Persiapan yang amat rapi sedang dijalankan untuk menerima dan menyambut jenazah rakyat kita pada hari tersebut.

Amat Malang sekali apabila kami dimaklumkan bahawa Prog Muzik dan Drama ini akan tetap diteruskan pada 22 Ogos ini tanpa menghiraukan perasaan dan emosi keluarga penumpang dan krew nahas kejadian. Alasan bahawa tiket telah dijual tidak dapat diterima sama sekali memandangkan penganjur masih berpeluang untuk memulangkan semula wang peminat Muzik dan Drama ini. Georgetown Festival ini adalah satu program dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang dimana Kerajaan Negeri Pulau Pinang merupakan rakan strategik utama kepada program ini.

Rakyat Pulau Pinang harus tahu bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang telah membuat sidang media menyatakan kesedihan terhadap keluarga mangsa nahas MH17 sebelum ini tetapi pada masa yang sama tetap degil untuk meneruskan acara Muzik dan Drama pada 22 Ogos ini. Ini sekaligus menunjukan bahawa Kerajaan Negeri ‘cakap lain, buat lain’. Walaupun kami difahamkan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang tidak akan menghadiri program ini tetapi ini masih tidak memadai selagi mana program ini masih diteruskan

 Pemuda UMNO Negeri mengecam dan mendesak agar Kerajaan Negeri Pulau Pinang segera membatalkan program ini bagi menghormati Hari Berkabung Negara yang telah di umumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia. Selain daripada itu, program ini perlu dihentikan bagi menghormati perasaan dan emosi keluarga mangsa nahas tragedi MH17 yang bakal menerima jenazah orang kesayangan mereka.

.....Al Fatihah kepada mangsa nahas MH17

Rafizal Abd Rahim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang
HOT : PULAU PINANG TAK HORMATI HARI PERKABUNGAN NEGARA?? #MH17 @RRAFIZAL HOT : PULAU PINANG TAK HORMATI HARI PERKABUNGAN NEGARA?? #MH17 @RRAFIZAL Reviewed by Empayar Pemuda on 11:19 PM Rating: 5

4 comments:

  1. Kalau jenis beng hock, sampai sekarang mereka berkabung !

    Kalau PM Najib itu 'bersuara tegas dalam sesuatu hal' , perkara sebegini tidak mungkin terjadi.

    Walaupun menjadi Pembangkang, keperluan untuk Negara di bawah Kerajaan Memerintah, mesti wajib di patuhi ! Mereka semua tertakluk di bawah Perlembagaan Malaysia.

    ReplyDelete
  2. puki mak hang punya artikel..sampai dah tak dak modai nak hentam DAP/guan eng?

    ReplyDelete
  3. Tv Dan radio pun main lagu

    Yang tu hangpa tak nampak ka?.

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.