Thursday, August 7, 2014


Inilah penutup kepada kemelut politik di Selangor.  Hasrat PKR dan DAP mahu singkir Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditolak PAS. Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pegawai di ibu pejabat PKR lepas ini boleh letak jawatan beramai-ramai dan bersara dari politik.
Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang di Kota Bharu semalam membuat keputusan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah.
Dalam kenyataan yang ditandantangani Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Timbalan Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Dr Haron Din itu menyatakan, keputusan itu dibuat berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti.
Bagaimanapun kata kenyataan itu, jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mahkamah, maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan Khalid.

Berikut adalah kenyataan penuh.
Kenyataan Majlis Syura Ulamak
Merujuk kepada Fasal 3 Perlembagaan PAS, bahawa dasar PAS ialah Islam, dan Fasal 6(2) bahawa antara usaha PAS adalah "memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara" ,
Maka, Majlis Syura Ulamak PAS yang telah bersidang pada 9 Syawal 1435 bersamaan 6 Ogos 2014 di Kota Bharu telah membuat keputusan berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti seperti berikut:
"Bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat untuk meneruskan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar di Selangor bagi penggal kedua selepas Pilihanraya Umum ke-13. Maka selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti SPRM atau Mahkamah maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan beliau.
Majlis Syura Ulamak menegaskan sekali lagi bahawa PAS akan tetap istiqamah dengan dasar dan prinsip perjuangan Islam sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaannya dan terus  memberi komitmen bersama Pakatan Rakyat .
Datuk Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

Datuk Dr Haron Din
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

DICILOK DARI.. AgendaDaily

6 comments:

Anonymous said...

Aku cadangkan geng parasit boleh bla join pkr klu tak puas hati.

Anonymous said...

Mat Sabu, Khalid Samad, Hanipa Maddin, Husam Musa, Mahfuz Omar...

Please Get OUT.....

ras abu said...

Pergi jahanamlah Anwar Ibrahim kerana sudah menjadi tamak dan kejarkan pangkat dari membela rakyat.

Rakyat tertanya-tanya kenapa tiba-tiba sahaja TSKI ingin disingkirkan dari jawatan MB

Anonymous said...

Sebab utama terpaksa disingkirkan krn TSKI TAK PANDAI MELIWAT dan takde pengalaman main chinadoll. Kan kan ...
Kalau nak ganti dgn perempuan, dia MESTI telah diliwat berkali-kali dlm hidup, baru boleh jadi robot hidup.

Anonymous said...

Salam,

Kepada Ustaz Nasharuddin Tantawi, saya cadangkan biar Lim Guang Eng dari DAP teruskan niatnya untuk menyaman Ustaz.

Walaupon semuanya pengomen di atas ketawakan saudara, termasok penulis, tetapi PERCAYALAH... Lim Guang Eng nie Gertak ajer lebih, dia tak akan berani Projek Mega nya di Pulau Pinang dijadikan bahan bacaan untuk semua orang, bagaimana, sebua company rm2.00 modal berbayar diluluskan kerajaan negeri.

Walaupon Gah hanya pada nama, pentertaan konsortium di belakang seperti CRDD BUGC dan dua lagi local company, but as China Government Rulling, NOT any of its investment arm could transfer a borrowed monies from the Government Bank abroad with a proper documentation in hand such as, LOA, and other sort of documentation.

Jadinya at the time of award, company sememangnya tak layak... Jadi kenapa Puak Pembangkang selalu menuduh Kerajaan Memberikan Kontrak kepada company RM2.00, (sebelum Sysrikat Induk memasokkan duit).. Jadi caranya adalah sama yang di amalkan oleh kerajaan Barisan Nasional..

Mana kelebihan Guan Eng? Tak der, cara sama ikut BN, Rasuah? Tak Der? Bohong...

Jadi ustaz, biar Guang Eng saman, hjadi umum boleh tahu berapa banyak company yg masuk...

Apakah ada rundingan terus untuk kontrak sehingga Local Giant (yang juga ada giant Funder Company dibelakang) kalah kpd company RM2.00

Bukalah Mata... Jangan percaya dan terima Gunag Eng cakap.. Jangan Jadi Bodoh

Anonymous said...

LPS PRU 13 SEPATUTNYA MEREKA NI SIBUK DAN TEKUN MENOLONG DAN MENYELESAIKAN MASALAH2 RAKYAT TAPI PELIK BIN HAIRAN LAIN PULAK JADINYA...EMMMM..APALAH NAK JADI, HARAPKAN PAGAR, PAGAR GAK YG MKN PADI...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.