Tuesday, August 12, 2014



Hebat betul kenyataan Mujahid yang mempersoal siapa Tan Sri Khalid..Dah jadi macam Ahli Parlimen DAP pulak EP tengok Mujahid ni.. Pada pendapat EP, Mujahid ni lebih baik duduk diam dan akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Syura PAS..Biar ADUN dan rakyat Selangor yang buat keputusan kerana mereka lebih mengenali MB mereka...

Jika nak dibandingkan antara Tan Sri Khalid dan Wan Azizah..rasa-rasanya rakyat Selangor boleh menilai siapa lebih layak untuk memengang jawatan MB..Apa sumbangan Wan Azizah jika nak dibandikan dengan Tan Sri Khalid pada rakyat Selangor..

Dulu Wan Azizah pernah letak jawatan sebagai MP Permatang Pauh sebab kononnya sebab nak tumpukan masa pada keluarga...Tapi sekarang sibuk nak jadi MB..Bukankah perancangan Langkah Kajang nak jadikan Anwar sebagai MB..Dah Anwar tak sempat nak merasai kerusi MB..bininya pula dijadikan pengganti...Ingat Selangor ni keluarga Anwar yang punya ke?? Sampai dah tiada calon lain nak dijadikan MB..kena letak bini dia juga..



Menjelang mesyuarat jawatankuasa PAS bagi memutuskan pendirian mereka berhubung isu menteri besar Selangor, parti itu didesak kekal bersama Pakatan Rakyat yang dibentuk sejak 2008.


Anggota jawatankuasa pusat parti itu Datuk Mujahid Yusof berkata walaupun terdapat kelemahan dalam Pakatan, gabungan itu tidak harus berpecah hanya kerana seorang lelaki, iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khalid semalam berkata telah mendapat perkenan sultan untuk kekal sebagai menteri besar walaupun telah dipecat daripada PKR sebelum itu.

Beliau mendakwa masih mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) – kenyataan yang dianggap meragukan oleh PKR dan DAP.

“Semangat dan idealisme Pakatan terlalu baik untuk diketepikan hanya kerana seorang individu,” kata Mujahid yang juga anggota parlimen Parit Buntar dan ketua biro perpaduan PAS kepadaMalaysiakini.

Sambil menegaskan pertukaran menteri besar sebagai perkara biasa, Mujahid berkata ia sebahagian kuasa parti yang sebenarnya tidak memerlukan alasan pun untuk melakukannya.

“Siapa Khalid? Kenapa dia begitu istimewa? Kita lihat menteri besar datang dan pergi. Ia tidak patut ditangani sebagai sesuatu yang istimewa atau mengejutkan,” tegasnya.

12 comments:

Anonymous said...

Kalau tengukkan muka dan kedudukkan sebagai Ketua biro perpaduan PAS...ingatkan melayu ni cerdik rupa rupanya PAS membela Lembu yg takat ada otak tapi tak berakal....kesian kesian mujahid..nama aja mujahid tapi munafikun...

Anonymous said...

habis tu yg PAS mati2 pertahankan Mustafa Ali itu bukan hanya utk seorang lelaki?

Anonymous said...

siapa anwar, TPM dating dan pergi, kenapa gilanya meroyannya anwar pasal kena pecat sampai sekarang tak habis, ini sakit gila hati, satu penyakit baru cuma boleh di ubat cara islamik, sebab anwar bukan islamik, dia tak kan sembuh dari sakit gila hati ini,..siapa pula azizah..nenek yang dah tak boleh pakai nak di kitar semula untu jadi MB...jelas sebabnya laki dia ada sakit gila hati. PAS kalau berjuang ke arah islam, lama dah patut kamu semua tolak dia..aqidah kamu jahanam sebab manusia anwar ni...akhir sekali siapa mujahid..apa hal nak masuk campur urusan Selangor..nak tunjuk hebat menyokong anwar...

Anonymous said...

Lazimnya begitulah... MB boleh datang dan pergi tanpa ada masalah. Tapi dalam kes Negeri Selangor mana mungkin Wan Azizah, isteri DSAI jadi MB baru ganti Khalid! Orang PAS lebih maklum kredibiliti Wan Azizah isteri bang Non. Pandangan orangramai Wan Azizah bukan ketokohan orang Politik. Dan tanpa kehadiran bang Non dah lama orang dalam PKR hijacked kerusi presiden. Selangor ni bukan lagi soal sebuah negeri malah sudaah menjadi satu isu nasional. Sudah tentu golongan cendikiawan politik melihat kekuatan sumbangan yang telah di buat oleh TSKI mentadbir urus Selangor adalah satu kredit. Kenapa tak ada pilihan lain selain Wan Azizah spt. Calon daripada wakil DAP atau PAS. Itulah punca orangramai curiga terhadap niat DSAI melantik isteri beliau.

Anonymous said...

Tepat... inilah statement Anwarian yg menyurok dalam Pas.. Pas perlu berhati hati dan jgn terperangkap dgn watak watak wayang kulit si Dogol..yg script olih puak Anwarian...

Next... siapa gaknya... cuba teka... Musang berbulu ayam dah mula nampakkan diri sebenar... Next... !

Anonymous said...

Bukan kerana seorg peribadi, tp prinsip.

Anonymous said...

Mujahid ni memang LOL otak ada tapi macam lembu tak dapat berfikir badan aja besaq.

Anonymous said...

Selangor akan jadi milik BN (Bini Nuar)

Anonymous said...

Kenapa kita bergaduh kerana seorang kalid lebeh baik kita calunkan adun PAS lebeh baik,DAP dan PKR munkin tak marah,betapa seronoknya kalid seorang calon bebas boleh mengkotak katikkan PR,dimana kepandaian Anuar,LGE,orang kuat2 DAP yang ada Ijazah undang2,kemana perginya kewarasan presedent PAS,kemana perginya ijtihat semua tuan2 guru,adakah mereka ini semua telah mati atau telah diguna2 oleh kalid?

Anonymous said...

Inilah melayu yang selalu bersorak ke sana dan ke sini tetapi tak sedar kampungnya tergadai....DAP beria-ria sokong zizah bukan saja-saja tetapi diorang ada hidden dan long term agenda...nanti diorang dapat isinya tapi hang habuk pun tarak.....Jangan jadi melayu bodoh....sia2 belajar tinggi2 tapi otak letak kat lutut.....

mulut melopong said...

mana anak selangor?tak da kotek ke biar nasib anda dipermainkan

Anonymous said...

Tukar namalah woii...ni bukan mujahid tapi mujahat.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.