Monday, August 11, 2014


Apa agaknya perasaan Anwar, Wan Azizah dan DAP apabila melihat gambar Tan Sri Khalid Ibrahim tersenyum riang selepas perjumpaan dengan DYMM Sultan Selangor..Gembira?? Kecewa?? Merana?? Frust Menunggeng???..Tahniah TSKI kerana berjaya mendapat kepercayaan majoriti ADUN-ADUN di Selangor untuk kekal sebagai MB Selangor...EXCO-EXCO DAP boleh berambus...

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihati mana-mana Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang tidak menyokongnya supaya meletakkan jawatan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu berkata, beliau akan bertemu dengan 10 exco Selangor esok untuk mengetahui pendirian mereka, sama ada mahu meneruskan tugas atau letak jawatan.
Khalid berkata, beliau yakin masih mampu meneruskan pentadbiran seperti biasa selepas mendapat sokongan daripada empat exco PAS iaitu Sallehen Mukhyi, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Halimah Ali dan Iskandar Abdul Samad.
"‎Bagaimanapun saya akan mengambil peluang bertemu dengan wakil exco yang ada sekarang daripada PKR dan DAP untuk bertanyakan tentang kesediaan mereka bersama-sama saya untuk mengendalikan mesyuarat exco dan pentadbiran Selangor," katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, hari ini.
Katanya, tatacara di bawah Artikel 53(2) (b) memberi kuasa kepada menteri besar menasihati exco supaya meletakkan jawatan sebelum mengemukakan cadangan kepada Sultan tentang perubahan barisan exco.
"Untuk berlaku adil saya akan berjumpa dengan semua exco. Kalau dia (exco) rasa bukan lagi 'team' menteri besar jadi saya rasa adalah lebih baik mereka tidak meneruskan khidmat mereka," katanya.
Ditanya kemungkinan PKR dan DAP akan menentang tindakannya, Khalid berkata pentadbiran negeri bukan pentadbiran politik tetapi ditadbir dan disokong oleh penjawat awam.
"Oleh itu, saya tak nampak ada masalah kekurangan kecekapan dari segi pentadbiran negeri dan operasi," katanya.
Beliau juga tidak menolak jika ada desakan yang mahu sidang DUN khas mengemukakan usul undi tidak percaya terhadapnya.
Beliau berkata, buat masa ini tidak perlu diadakan sidang DUN khas kerana ia tidak berbangkit semasa pertemuan dengan Sultan pagi tadi.
"Tak perlu sebab tuanku bertanyakan pada saya sama ada nak sidang DUN, yang sebenarnya nak sidang adalah DUN bukan saya," katanya.

2 comments:

Anonymous said...

pemimpin anjing kpd penyokong anjing bergaduh biar kan aje lah toksah jd anjing mcm mrk.. kah3x

Anonymous said...

this is corporate governance so call

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.