Tuesday, July 22, 2014


Russia semalam menyatakan rekod penerbangannya menunjukkan sebuah pesawat pejuang Ukraine terbang hampir dengan pesawat MH17 sejurus sebelum ia terhempas dan Kiev pada masa itu mengaktifkan stesen radar untuk sistem peluru berpandu.

Moscow juga menafikan ia membekalkan pemisah Ukraine sistem peluru berpandu atau senjata lain, ketika ia berusaha menangkis dakwaan masyarakat antarabangsa bahawa ia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia dengan 298 penumpang dan anak kapal itu. 

Berbekalkan beberapa carta dan imej, dua pegawai tinggi tentera Russia membentangkan kes terhadap Ukraine pada satu taklimat khas di sini. 

Lef Jen Andrei Kartopolov berkata, pesawat Malaysia itu tersasar ke utara dari laluan asal manakala pesawat pejuang SU-25 Ukraine yang biasanya dilengkapi peluru berpandu udara ke udara, dirakam berada hampir dengan pesawat Boeing 777 itu.

Beliau mendakwa, pesawat Malaysia itu ‘tersasar dari laluannya ke utara. Jarak tersasar maksimum ialah 14 kilometer.

Jarak jet, MH17 tiga hingga lima kilometer

“Peningkatan ketinggian direkodkan bagi pesawat tentera Ukraine. Jaraknya dari Boeing Malaysia ialah tiga hingga lima kilometer. 

“Apakah matlamat sebuah pesawat tentera terbang di laluan pesawat awam hampir pada masa sama dan pada ketinggian sama? Kami ingin mendapatkan jawapan kepada persoalan ini,” katanya.

Kartopolov juga berkata, Kementerian Pertahanan Russia mengesan kegiatan luar biasa stesen radar yang digunakan untuk mengendalikan sistem peluru berpandu pada hari tragedi itu. 

“Dari 17 Julai (Khamis) tahap operasi stesen radar Ukraine meningkat kepada maksimum,” katanya.

Kartopolov berkata, tujuh stesen radar beroperasi hampir dengan kawasan tragedi pada Selasa, lapan pada Rabu dan sembilan pada hari nahas iaitu Khamis.

Sambil merujuk data, beliau berkata, selepas nahas itu hanya empat stesen radar beroperasi pada Jumaat dan hanya dua pada Sabtu.

Kartopolov juga menegaskan Russia tidak membekalkan puak pemisah Ukraine dengan sistem peluru berpandu Buk atau senjata lain. AFP


2 comments:

Anonymous said...

Jika Ukraine terlibat mnembak jatuh pesawat mh17..saya yakin Israel juga terkait...kenapa mereka memilih pesawat Mas milik Malaysia utk djadikn mangsa krn kes Mh370 masih segar diingatan masyarakat dunia..dan tiba2 dunia dkejutkn dgn mh17 sekali lg melibatkn pesawat Mas milik Malaysia..dan Israel brjaya mengalih perhatian dunia untuk menganyang Gaza habis-habisan selepas Israel gagal mndapt simpati dari masyarakat antarabangsa..Ukraine juga mungkin mengambil peluang ini supaya dunia memberi tekanan pd Russia dan pro Russia supaya dpt menstabilkn negaranya semula sbb itulah pesawat itu ditembak jatuh di kawasan konflik dan sehingga kini amerika dan kuncu2nya masih tidak mnunjukkn bukti bahawa Russia dan pro pemisah Russia mnembak jatuh pesawat Mas..Malaysia juga bgitu lantang trus mmberi sokongan kpd perjuangan palestin sudah tntu ini xdak disenangi oleh Israel dan kuncu2nya.

RedSuns said...

mungkin ada yang faham setelah membaca terjemahan maksud ayat ni. .. kerana kita telah tersasar jauh lalu kembalilah ..jawapan ,persoalan ,ubat dan semuanya telah ada didalam kitab kebenaran ..kita je asyik itu ini tak jumpa cahaya .

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".
(QS: Al-Baqarah Ayat: 30)

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.