TERKINI :KEPRIHATINAN SHILA AMZAH DALAM TRAGEDI #MH17 DAPAT PUJIAN @Shilaamzah


Penyanyi tanahair yang terkenal di China, Shila Amzah menangguhkan program bertemu peminatnya "Shila Amzah Fans Meeting" yang dijadualkan akan diadakan di Paradign Mall, Petaling Jaya esok ekoran tragedi MH17.

"Kami terkejut dan sangat sedih dengan berita tragik Malaysia Airlines (MAS) MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan 298 orang di atasnya.

"Salam takziah kami kepada semua keluarga dan orang tersayang penumpang dan anak kapal yang terlibat dalam kemalangan udara ini," kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pegawai promosi Waener Music Malaysia, tempat Shila Amzah bernaung.

Pesawat MH17 yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dipercayai ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu di timur Ukraine, kawasan bergolak di negara itu.

Ia mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal di atasnya.

Perdana Menteri Australia, Tony Abbott, sebelum ini mendakwa, puak pemisah pro Rusia yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat itu.

"Ini adalah hari suram untuk negara kita dan juga dunia. Pesawat MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine, ia dilihat dilakukan oleh pemberontak yang disokong oleh Rusia," katanya sebagaimana dilaporkan Reuters.

Australia kehilangan 27 rakyatnya apabila mereka turut sama terkorban dengan hancurnya pesawat Boeing 777 itu.

Negara yang paling banyak kehilangan nyawa adalah Belanda apabila 154 penumpang pesawat ini adalah rakyat negara itu.

Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte, mengarahkan bendera negara itu dikibarkan separuh tiang di seluruh bangunan kerajaan negara itu selepas sekurang-kurangnya 154 rakyatnya dipercayai terlibat dalam kemalangan udara yang paling buruk dalam sejarah negara itu, lapor Reuters. – 18 Julai, 2014.-
TERKINI :KEPRIHATINAN SHILA AMZAH DALAM TRAGEDI #MH17 DAPAT PUJIAN @Shilaamzah TERKINI :KEPRIHATINAN SHILA AMZAH DALAM TRAGEDI #MH17 DAPAT PUJIAN @Shilaamzah Reviewed by Empayar Pemuda on 5:20 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.