Wednesday, July 16, 2014


Seperti yang kita tahu pembabitan Anwar dengan kumpulan pemisah Sulu sudah terjalin bukannya semasa kes pencerobohan di Lahad Datu iaitu ketika pertemuan sulitnya bersama Pengerusi MNLF, Nur Misuari yang dilaporkan oleh media tetapi telah diketahui sejak lebih 20 tahun yang lalu.
Mungkin rakyat Sabah khususnya masih ingat bagaimana Dr Jeffrey Kitingan, adik kepada Joseph Pairin Kitingan, Presiden PBS, telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada awal tahun 1990an kerana penglibatannya dengan kumpulan pemisah MNLF dan juga Sulu.
Dan pada ketika itu juga kita ketahui Anwar juga terlibat sama dalam merancang pemberontakan kumpulan pemisah itu tetapi beliau bernasib baik tidak ditangkap bersama Dr Jeffrey kerana berada di dalam kerajaan.
Pelbagai cara telah dilakukan oleh Anwar untuk mengambil alih kerajaan memerintah di Malaysia..Bermula dengan Propaganda 916 yang melibatkan 30 Ahli Parlimen..Kemudiannya demonstrasi dan rusuhan jalanan dilakukan, Bersih 1,2 dan 3..namun segala perancangannya tidak berjaya meruntuhkan kekuatan kerajaan Malaysia di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib.

Persoalan yang sedang bermain di fikiran EP..Adakah Anwar sememangnya dalang dan tangan ghaib dalan isu pencerobohan di Lahad Datu dan pencerobohan-pencerobohan yang seterusnya sehingga sekarang?? Sanggup menggunakan pendekatan militer atau ketenteraan bagi menggangu gugat kedaulatan dan keselamatan negara untuk mencapai impian dan cita-citanya..??


Pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari terlibat dengan menggunakan kumpulan sendiri dan beberapa kumpulan lain dalam melakukan pencerobohan dan penculikan di Sabah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kegiatan itu dilakukan dengan tujuan mengumpul dana bagi membentuk semula tentera upahan Nur Misuari selain bagi mengembalikan semula pengaruhnya di selatan Filipina.

Katanya umum mengetahui bahawa Nur Misuari tidak mendapat sokongan dan tidak dibabitkan dalam Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro (CAB) yang ditandatangani kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bagi membuka jalan ke arah penyelesaian politik di Mindanao pada Mac lepas.

"Kita tidak mempunyai apa-apa hubungan secara langsung dengan Nur Misuari, tapi kita yakin beliau mempunyai matlamat lebih besar. Beliau bersekongkol dengan individu yang disebut berada dalam Kesultanan Sulu yang berhasrat untuk mengambil alih Sabah," katanya pada pada sidang media di majlis berbuka puasa bersama warga Kementerian Dalam Negeri di Masjid Al-Mujahiddin di Kuching.

Beliau mengulas insiden serang hendap di Pulau Mabul, Sabah pada Sabtu lepas yang menyaksikan seorang anggota polis terbunuh dan seorang lagi diculik.

Semalam, sebuah akhbar tempatan melaporkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor mendakwa pembabitan Nur Misuari dalam insiden itu setelah tidak berpuas hati kerana dipinggirkan daripada proses rundingan damai dengan kerajaan Filipina sehingga membawa kepada pembentukan wilayah autonomi Bangsamoro.

Abdul Rahim dilaporkan berkata kumpulan berkenaan kecewa kerana kerajaan Malaysia tidak lagi memberi sokongan kepada mereka malah sebaliknya mengambil pendirian menyebelahi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Ahmad Zahid berkata Nur Misuari dilihat amat yakin bahawa Sabah boleh diambil alih oleh individu yang mengaku daripada Kesultanan Sulu dan dia (Nur Misuari) mahu terlibat sama.

"Di sini, saya ingin beritahu bahawa Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia. Kita tidak akan benarkan walau satu inci pun tanah Sabah diceroboh oleh mana-mana penduduk luar," katanya.

Beliau berkata Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), yang mulai hari ini dipegang oleh pasukan polis, akan memastikan sebarang tindakan dibuat berdasarkan prosedur operasi standard yang ditetapkan.

Ketika meminta masyarakat tempatan memberi sokongan penuh kepada ESSCom bagi memastikan keseluruhan kawasan itu selamat, Ahmad Zahid turut memberi amaran keras bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang memberi maklumat mengenai kawasan berkenaan kepada pihak luar.

Menurutnya beliau sedar ada penduduk setempat sama ada pemastautin tetap, sementara, atau yang berada dalam negara secara haram yang memberi maklumat kepada kumpulan penceroboh luar.

Sementara itu, beliau berkata Malaysia menjalin kerjasama yang baik dengan kerajaan Filipina termasuk menerusi pasukan polis dan pelbagai agensi keselamatan lain dalam mengumpul maklumat serta penguatkuasaan.

- Bernama

1 comments:

Anonymous said...

apa lah bangang punya bloger buat cerita sehingga mengelirukan orang yang membaca.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.