Thursday, July 3, 2014



Kanak-kanak kedua sah JE di Pulau Pinang. Kanak-kanak perempuan tersebut berusia dua tahun lima bulan disahkan dijangkiti virus Ensefalitis Jepun (JE), dipercayai selepas melawat datuknya di Bagan Jermal. 

Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr Lailanor Ibrahim dalam satu kenyataan berkata,  pemeriksaan darah terhadap kanak-kanak itu pada 24 Jun lepas mendapati ia  positif JE.

"Kanak-kanak itu pada mulanya mengalami demam dan kejang-kejang dan dimasukkan ke  Hospital Seberang Jaya pada 13 Jun. Keadaannya semakin serius dan perlu mendapat rawatan lanjut di Hospital Pulau Pinang (HPP).


Sebelum ini, seorang murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat disyaki dijangkiti virus JE dan masih dirawat di sebuah hospital swasta di Bayan Baru.

Muhammad Ammar Muqrish Zulkifli, 12, pada awalnya dikatakan mengalami demam panas sejak 18 Mei setelah mangsa terdedah kepada gigitan nyamuk pembawa virus JE semasa menyertai aktiviti perkhemahan di kawasan sekolah, yang terletak berhampiran dengan ladang khinzir, pada 24 hingga 26 April lepas. Mangsa telah dimasukkan ke Hospital Kepala Batas selepas  demamnya itu berlarutan sebelum dipindahkan ke hospital swasta itu pada 21 Mei.

EP difahamkan sebanyak 20 ladang babi di Kampung Selamat, Pulau Pinang berdepan tindakan dikuarantin seandainya 181 sampel darah yang diambil positif virus Ensefalitis Jepun (JE).

EP berpendapat sudah tiba masanya kerajaan Negeri Pulau Pinang mengkaji semula cadangan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kepala Batas, YB Datuk Seri Reezal Merican supaya rakyat yang tinggal di sekitar Kampung Selamat dapat hidup tanpa ketakutan dijangkiti Virus JE.

Penempatan ladang ternakan babi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor perlu dikaji semula jika terbukti ia menjadi punca penularan virus Japanese Encephalitis (JE).
Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, penempatan semula ladang babi perlu dilakukan jauh dari kawasan penduduk mengikut jarak yang munasabah.
Menurutnya, perkara itu penting kerana ia melibatkan soal nyawa manusia yang berisiko dijangkiti virus berkenaan.
Beliau berkata, ladang babi terbabit sudah lebih 40 tahun beroperasi dan perlu perhatian yang lebih serius kerana ada laporan dibuat mengenainya yang dikatakan tidak mengikut piawaian ditetapkan.
Bukannya seperti Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin yang cuba lepas tangan dengan menyalahkan Kementerian Kesihatan kerana gagal memaklumkan kes ini lebih awal. Bukankah kerja-kerja pemantauan kandang-kandang babi ini juga melibatkan agensi dibawah kerajaan negeri?? Jadi kenapa perlu tunding jari pada satu pihak sahaja??...







0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.