Tuesday, June 24, 2014



Kalau sebelum ni SELANGOR CHRONICLE ada mendedahkan tentang keperitan dan penganiayaan yang dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Lim Guan Eng ke atas mendiang Wong Ho Leng dan keluarganya. 

Dan pada ketika PRK Teluk Intan beberapa minggu yang lepas, benda yang sama juga dilakukan ke atas Ahli Parlimen Teluk Intan yang telah meninggal itu.

Mungkin kerana berasa terlalu kuat kerana dikelilingi oleh gangster-gangster yang boleh menjalankan operasi 'menghilangkan' musuh, Lim Guan Eng tidak pernah kisah pun dengan cerita-cerita tersebut. Bahkan dia dengan wajah selamba, boleh menafikan cerita-cerita tersebut dan meletakkan status FITNAH untuk membela dirinya sendiri.


Nampaknya ada satu lagi cerita dari dalam DAP sendiri yang perlu dikongsikan.

Bekas orang kuat DAP Pulau Pinang, Thum Weng Fatt menghidapi penyakit buah pinggang. Kedua-dua buah pinggangnya rosak teruk. DAP langsung tidak menghulurkan sebarang bantuan kepadanya. Thum Weng Fatt kemudiannya menemui Huan Cheng Guan, calon Parlimen Bukit Gelugor yang kalah baru-baru ini dalam PRK untuk mendapatkan bantuan. Huan kemudiannya menghulurkan bantuan sebanyak RM3000 setiap bulan untuk bayaran perubatannya.

Setahun setengah selepas mendapat bantuan daripada Datuk Huan, Thum Weng Fatt meninggal dunia. Seluruh ahli keluarganya menyumpah seranah Lim Guan Eng. Lim Guan Eng langsung tidak menjenguk dan melawat Thum, baik semasa hidup mahupun ketika menjadi mayat. Ketika majlis pengkebumian Thum Weng Fatt, jangankan kelibat Lim Guan Eng, satu sen bantuan pun tidak dihulurkan kepada keluarganya.

Sedangkan ketika DAP tidak berkuasa di Pulau Pinang, ketika Lim Guan Eng tidak tahu yang mana satu Bayan Baru, yang mana satu Bayan Lepas, Thum Weng adalah orang yang menjalankan semua tugasan DAP di negeri tersebut. Tetapi apabila DAP menang, Lim Guan Eng dan bapanya bersenang lenang dan mendakwa merekalah yang bekerja keras memenangkan DAP di negeri itu.

Sehingga kini, tidak ada seorang pun veteran DAP Pulau Pinang diberikan penghargaan oleh Lim Guan Eng, bahkan mereka telah dipetisejukkan kerana Lim Guan Eng bimbang, kedudukannya sebagai Ketua Menteri akan terjejas.

Sumber : Flying Kick

1 comments:

Anonymous said...

Apa susah, tokong tak de pegi orang punya funeral nanti bapak dia mampus jangan pegi la dia punya funeral......

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.