Monday, May 12, 2014



Seorang calon Bebas, Abu Bakar Sidek Mohd Zan membuat kejutan apabila hadir ke pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor hari ini.

Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor yang bermula pada jam 9 pagi tadi di Dewan Sri Pinang ditutup pukul 10 pagi tadi.

DAP meletakkan Ramkarpal Singh, 38 tahun, anak ketiga mendiang Karpal Singh, sebagai calon untuk mengekalkan kerusi parlimen itu.


Beliau dicabar, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan dan ahli PAS Gombak, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar.

Pencalonan seorang lagi calon Bebas, Lim Chee Khoon ditolak.

MCA yang sepatutnya mewakili Barisan Nasional (BN), memutuskan untuk tidak akan meletakkan calon.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 25 Mei sebagai tarikh pengundian PRK Bukit Gelugor manakala 21 Mei untuk pengundian awal.

Kerusi Bukit Gelugor kosong berikutan kematian penyandangnya, Karpal dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Karpal mengalahkan calon BN, Teh Beng Yeam dengan majoriti 42,706 undi. - Awani

2 comments:

Anonymous said...

Amat memalukan BN tidak ada telor bertanding. Dayus UMNO & Presiden UMNO sebagai pemimpin BN membiarkan tiada pertandingan dari BN. This is unacceptable Mr. President UMNO, BN. Memberi sokongan kepada wakil bebas tidak sama seperti bertanding. Nampak nya UMNO perlu rombak kepimpinan.

Anonymous said...

Kepala ikan dah mula rosak.... andai dibiarkan perkara yang memang dijangka akan membuat orang melayu-muslim mengutarakan sumpahan seperti sumpah Mahsuri.

Sokong sangat anon diatas cuma UMNO hierarchy mesti bukan perlu ya, di rombak sooner rather than later.

Time is running out to stop the fish to rot further down....

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.