Friday, May 30, 2014


Kenyataan Akhbar Ybhg. Dato’ Jahara Binti 
Hamid pada 29 Mei 2014

Saya merujuk kepada laporan Akhbar The Star muka surat 31 pada 29 Mei 2014 yang menyatakan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang menggesa Peguam Negara untuk menjalankan siasatan di bawah seksyen 121(b) dan 124(B) Kanun Jenayah terhadap mereka-mereka yang masuk ke Dewan Negeri Pulau Pinang pada 21 Mei 2014 yang lalu.

Saya ingin mengulas kenyataan tersebut dan menyatakan bahawa saya selaku Ketua Pembangkang telah memohon maaf secara terbuka pada keesokan harinya,22 Mei 2014 atas kejadian mereka memasuki ke dalam Dewan Undangan Negeri. Saya ingin menjelaskan bahawa mereka masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri tersebut untuk berjumpa dengan YB Seri Delima untuk beliau meminta maaf di atas kenyataan beliau “ UMNO Celaka”.

Perlu diingatkan bahawa UMNO adalah salah satu parti yang mewakili majority Bangsa Melayu di tanah air kita dan perjuangan UMNO sejak tahun 1946 sehingga kita mencapai kemerdekaan sehingga sekarang turut memperjuangkan hak-hak kesemua bangsa di Malaysia tidak boleh diperkecilkan.

Oleh itu,kenyataan YB Seri Delima telah menyebabkan perasaan benci dan bermusuhan antara kaum. Semasa kejadian 21 Mei 2014 ianya berlaku semasa waktu rehat Dewan dan tidak terdapat sebarang prosiding ketika itu. Mereka hanya meminta YB Seri Delima memohon maaf di atas kenyataan beliau bahawa

“ UMNO Celaka”. Saya di sini ingin mempersoalkan kenapa individu yang menyebabkan kejadian ini tidak diambil tindakan .Beliau bukan sahaja menyatakan perkataan itu di dalam Dewan tetapi turut menyatakan semasa berkempen di Pilihan Raya kecil Bukit Gelugor keesokan harinya di khayalak ramai.

            Terdapat banyak laporan polis yang telah dibuat atas kenyataan YB Seri Delima. Demi keadilan, saya menggesa individu yang telah menyebabkan kemarahan sehingga berlaku kejadian 21 Mei 2014 di Dewan Undangan Negeri diambil tindakan yang tegas di bawah Seksyen 31(e) Akta Hasutan 1948.

            Saya juga menggesa Parti DAP agar mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin-pemimpin serta ahlinya-ahlinya yang sengaja menimbulkan kemarahan serta mengangu gugat kestabilan, keharmonian dan perpaduan antara kaum di Malaysia.

4 comments:

Anonymous said...

Jangan salahkan sesiapa kecuali UMNO dan Najib. Sebab kalau Melayu yang buat salah,awal2 dah kena tangkap. Macam kes ini, setakat si paria ni tak kena apa2 tapi polis dah lengkap siasatan dan hantar ke AG dakwaan ke atas pemuda melayu yang masuk dewan.So,siapa yang double-standard sebenarnya?

Anonymous said...

Azlan Shah mati bab Gamuda tak dapat Projek Lebuhraya Persisiran Pantai.

Anonymous said...

C hitam ni patut hantar blik je ke tmpt asal dia. Ko siapa nk maki2 melayu. Bila melayu lawan ko blik, ko kata melayu racist. Haram jadah punya gagak hitam. Sedar la diri ko tu siapa. Aku nk ingtkan melayu dlm pr, udah2 la bg muka kt puak2 ni. Last2 korang terkena balik. Otak kt kepala, bukan kt lutut.

Anonymous said...

Pm ni baik hati sgt. Kalau melayu yg hina bangsa lain, esok kne tangkap. Tpi kalau ci n ind yg hina melayu, just stk report polis je la, xde tindakan. Sya nk ingtkn pm, mcmna pun dia nk jga bangsa2 yg tak kenang dek untung ni, mmg x guna. Sbb xkn la diorg nk undi bn. Kne ingt tu. So, jga je org yg sokong dia. Kalau tak, pru 14 ni mmg lingkup. Ini isi hati sbg rakyat. Kalu xnk dgr ya situ

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.