Thursday, April 3, 2014


Dr. Maza mencetuskan satu lagi kontroversi melalui status terbaru di laman page Facebook beliau. Dalam status itu, Dr. Maza seolah-olah mempertikaikan penggunaan kapal selam milik negara yang didakwa tidak berfungsi dan tidak memberi sumbangan dalam misi pencarian pesawat MH370.

Status isu kapal selam scorpene

Namun, ramai pengguna media sosial tidak gemar dengan status berkenaan kerana didakwa mengelirukan fakta sebenar. Seorang pengguna Facebook tampil menjawab status tersebut dengan memberikan hujah balas seperti dibawah:

1. 'Negara-negara' yang menghantar kapal selam untuk operasi SAR MH370? Setahu saya, baru sebuah negara iaitu Britain yang menghantar kapal selam nuklear kelas Trafalgar, HMS Tireless (S88). Kapal selam ini telah mula beroperasi dan ditauliahkan (commissioned) pada tahun 1985. Ia sepatutnya dilucut tauliahkan (decommissioned) pada tahun 2013 lalu, tetapi sehinggi kini masih beroperasi sehingga April 2014. Mungkin HMS Tireless (S88) ini akan berbakti untuk hari-hari terakhir sebelum 'riwayat'nya ditamatkan.
2. Untuk pengetahuan semua, dua kapal selam diesel-elektrik jenis Scorpène milik TLDM iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak telah beroperasi dan masih boleh berfungsi sehingga kini. Kedua-dua kapal selam tersebut bukan menjadi pameran seperti ditohmah oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab!
3. 'Tidak sesuai untuk operasi SAR MH370 seperti kapal selam yang dimiliki oleh jiran sebelah'? Negara jiran manakah yang dimaksudkan itu? Singapura?

Singapura tidak pernah menghantar mana-mana kapal selamnya untuk operasi SAR MH370! Negara tersebut sebenarnya menghantar kapal sokongan dan penyelamat kapal selam - Submarine Support & Rescue Vessel (SSRV). Sebenarnya Malaysia juga memiliki kapal jenis penyelamat kapal selam dan ia telah digunakan dalam operasi SAR MH370 di Laut China Selatan sebelum ini. Operasi kapal Malaysia itu telah pun bermula sebelum Angkatan Laut Singapura (RSN) menghantar MV Swift SSRV lagi. Kapal SubMarine Escape & Rescue (SMER) yang digunakan oleh TLDM yang dimaksudkan itu ialah MV Mega Bakti.

4. Penggunaan kapal selam untuk operasi SAR pesawat terhempas masih belum terbukti kejayaannya. Ia merupakan antara alternatif dan kaedah yang digunakan ketika membabitkan tragedi pesawat terhempas di lautan sepertimana dalam kes pencarian kotak hitam pesawat Air France Flight 447.

Perancis menggunakan kapal selam nuklearnya, Émeraude (S604) untuk operasi mencari kotak hitam pesawat tersebut di Lautan Atlantik itu pada hari kelima tragedi itu berlaku (5 Jun 2009). Bagaimanapun usaha itu menemui kegagalan.

5. Australia yang mengetuai operasi SAR MH370 di Lautan Hindi sehingga kini masih belum menggunakan kapal selamnya dalam usaha mengesan pesawat tersebut. Australia sendiri mempunyai 6 kapal selam diesel-elektrik.
6. Apapun, kita tetap wajar bersyukur kepada Allah Ta'ala dan berterima kasih kepada Tentera Laut Diraja British (Royal Navy) kerana mengerahkan aset mereka iaitu kapal selam HMS Tireless (S88) untuk operasi mencari MH370 ini. Saya mendoakan supaya misi mereka berjaya! Aamiin.

Walaubagaimanapun, status kontroversi Dr.Maza didapati telah dipadam. Pengguna Facebook dilihat memberikan komen yang bercampur aduk dalam isu itu berikutan kurangnya pengetahuan dan maklumat fungsi sebenar penggunaan kapal selam milik negara kita. -MH

13 comments:

Anonymous said...

Pada aku Dr Maza ni walaupun dia seorang bertaraf ustaz, dia juga adalah seorang 'opportunist' politik.

Mungkin pada pandangannya pd PrU14 nanti PR mungkin boleh menawan Putrajaya, jadi dgn bersikap sedemikian boleh mendatangkan keuntungan peribadi kpdnya nanti dgn dilantik kesesuatu jawatan yg bersesuaian dgn kelulusan dan pengalamannya. Mungkin itulah harapannya nanti ...

Jadi apa yg hendak dihairankan sangat dgn pendiriannya?

me said...

hanya panjangkan ulasan pembaca pada FB berkaitan isu ini,
ustaz Dr maza pakar dalan hal ilmu agama,tetapi dalam hal pertahanan dan ketenteraan adakah beliau boleh di gelar Pakar,adakah dia tahu dalam semua hal aset pertahanan?sepatutnya beliau sebagai pakar dalam bidang agama membantu dari sudut moral kepada kluarga mangsa dan rakyat malaysia..kalau tidak dapat membantu pun berilah ruang agar tidak menyusahkan SAR sekarang ini.

Ros Nita said...

fahamkan isi apa yang di nyatakan dr maza...alangkah baiknya jika malaysia mempunyai kapal selam yang boleh sertai dlm operasi menyelamat..( jika tak ada tak mengapa jika ada fuhh alangkah bestnya ) itu saja harapannya..maaf pandangan saya.

manjung said...

Ostaz kalau tak tahu apa2 lebih baik diam. Nampak sangat tak bijak....i

QalamQabut said...

'A;angkah cantiknya jika ia dapat memberi sedikit sumbangan sepadan dengan harganya yang mahal'.

Dr.Maza sendiri tidak dapat beri sumbangan pengetahuan sepadan dengan ilmunya yang tinggi. Sungguh merugikan...

Anonymous said...

ustad ni ada udang di sebalik batu ..... boleh agak apa yg tersirat di sebalik yg tersurat...

Anonymous said...

Ros Nita,

Masalahnya belum ada terbukti sebuah kapal selam boleh digunakan dalam operasi menyelamat.

Dah 27 hari hal mh370 ni, saya yang hanya suri rumah pun boleh faham sebab setiap hari di semua cabang media dah dibincangkan dengan meluas segala perkara ttg SAR mh370 ni, kenapa susah sangat seorang yang bergelar professor nak faham peranan sebuah kapal selam.

Moralnya di sini, kita harus berfikir dahulu sebelum tulis, apa tah lagi jika kita seorang yang digelar ahli akademik bertaraf PhD.

Anonymous said...

kalau Kerajaan berbelanja beli aset tentera, Pembangkang juga yg bising kata membazir.

Bila dah berlaku macam ni, kata pulak.... kenapa kita takde asset yang canggih (seperti tafsiran Ros Nita).

Semua tak kena bila hati dah tak suka.

Anonymous said...

Ostad gila glamer dia ni! Ckp mcm bagus!!sorry la aku nk respect ostad opportunist mcm dia ni!!

Anonymous said...

Bila org agama main politik inilah jadinya hilang hormat masyarakat terhadapnya...

QalamQabut said...

Aku harap sangat sejarah Nik Aziz tak berulang lagi.

Anonymous said...

Manalah tahu entah-entah dia berhajat nak jadi mursyidul am pas kot?

Anonymous said...

Pakar Agama apa ke benda. Ungkapan yang dikeluarkan mengundang niat yang serong.

Banyak Ustaz gelaran. Tapi hati Allah swt saja yang tahu.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.