TERKINI : KAPAL PERONDA CHINA KESAN ISYARAT PING DI LAUTAN HINDI #MH370 #PrayForMH370 @HishammuddinH2O



Sebuah kapal peronda China, Haixun mengesan isyarat getaran dengan frekuensi 37.5 kHz di kawasan carian pesawat penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi, lapor agensi berita Xinhua.

Sebuah syarikat pengeluar 'pinger' memberitahu CNN, frekuensi itu adalah isyarat yang standard daripada kotak hitam atau secara khusus perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan.

"Frekuensi itu sama," kata Anish Patel, presiden syarikat Dukane Seacom kepada CNN.

Penemuan terbaru ini bagaimanapun belum disahkan oleh Pusat Penyelarasan Agensi Bersama di Perth yang menyelaraskan gerakan mencari pesawat Malaysia Airlines itu di selatan Lautan Hindi.

Pakar bagaimanapun mengingatkan isyarat itu mungkin boleh jadi datang daripada benda lain selain daripada pesawat.

Perkembangan ini menyusul selepas 29 hari pesawat Boeing 777-200 itu hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lepas.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein beberapa jam sebelum laporan Xinhua itu terbit mengumumkan pembentukan tiga jawatankuasa kabinet untuk menangani isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu. - Astro Awani



TERKINI : KAPAL PERONDA CHINA KESAN ISYARAT PING DI LAUTAN HINDI #MH370 #PrayForMH370 @HishammuddinH2O TERKINI : KAPAL PERONDA CHINA KESAN ISYARAT PING DI LAUTAN HINDI #MH370 #PrayForMH370 @HishammuddinH2O Reviewed by Empayar Pemuda on 9:30 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.