Saturday, April 5, 2014


Polis Sabah setakat ini telah menahan 4 individu 3 lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan kes penculikan di Singamata Reef Resort, Semporna.

Sehingga kini, pihak polis masih belum menerima sebarang maklumat penting bagi merungkai kes penculikan tersebut.

Polis percaya, 7 lelaki bersenjata itu adalah anggota yang melakukan kegiatan penculikan bagi mendapatkan wang tebusan.

Penganalisis keselamatan. Prof Dr Aruna Gopinath, pakar dalam keselamatan maritim percaya kumpulan Abu Sayyaf akan meminta wang tebusan sehingga AS$3.5 juga (RM11.5 juta) bagi membebaskan pelancong warga China. Manakala, pekerja resort warga Filipina yang turut diculik juga akan mengenakan kadar yang rendah sekitar 3 juta pesos (RM219,000).

"Kumpulan Abu Sayyaf hanya berminat untuk mendapatkan wang dan wang tebusan akan dibayar sebelum mereka membebaskan tebusan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Associated Press memetik seorang pegawai risikan Filipina pada khamis berkata mengesahkan penculikan itu dilakukan oleh kumpulan Abu Sayyaf.

Menurut pegawai risikan Filipina itu, ketua kumpulan Abu Sayyaf itu berang kerana tidak dibawa bersama dalam perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF). - mStar 

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.