HOT : PEMUDA UMNO BAKAL PEGANG JAWATAN DALAM KERAJAAN TURKI? @Khairykj @Azwanbro @Onnhafiz @PPUMOnline


Menyedari akan peranan dan tanggungjawab yang besar untuk membangunkan negara, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah membuka satu lebaran baru di peringkat antarabangsa apabila sedang mengadakan lawatan kerja ke beberapa buah negara di Timur Tengah.

Delegasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang diketuai oleh Naib Ketua Pemudanya, Saudara Khairul Azwan Harun @Azwanbro telah disambut oleh sayap Pemuda Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP), Turki.


Satu pertemuan rasmi telah diadakan diantara Delegasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan Jawatankuasa sayap Pemuda AKP yang diketuai Naib Presiden Pemuda AKP, Mr Osman Timurtas di ibu pejabat AKP, Turki.



Dalam pertemuan ini, kedua-dua sayap Pemuda dari dua negara ini turut mengambil peluang untuk berdialog dan berbincang dengan pemimpin-pemimpin yang hadir dalam mengeratkan hubungan dua hala diantara Malaysia dan Turki dalam menghadapi cabaran dunia.




Antara topik utama yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut ialah mengenai Program Pertukaran Pemimpin Muda diantara Malaysia dan Turki atau Youth Leadership Exchange Program yang diharap dapat membuka minda pemimpin muda kepada pengaruh luar yang baik serta wajar dicontohi dan mengaplikasikan perkara tersebut untuk pembangunan negara kedua-dua negara.

Dalam pertemuan tersebut juga mereka turut membincangkan untuk mengadakan kerjasama bijak diantara kedua-dua negara bagi menerokai bidang-bidang baru yang mempunyai kepentingan bersama. Antaranya ialah bidang-bidang seperti kebudayaan, ekonomi dan sosial yang dapat memacu kedua-dua negara ke arah yang lebih moden dan maju pada masa akan datang.

Selain itu wakil dari AKP memaklumkan bahawa mereka akan mengadakan lawatan balas ke Malaysia pada bulan Mei bagi membincangkan dengan lebih serius agenda-agenda yang dibawa oleh Pemuda UMNO semasa lawatan mereka ke sana.



Delegasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia juga sempat mengadakan kunjungan hormat ke kedutaan Malaysia di Turki. Kehadiran mereka disambut baik oleh Duta Besar Malaysia, En Amran Mohamed Zin.
HOT : PEMUDA UMNO BAKAL PEGANG JAWATAN DALAM KERAJAAN TURKI? @Khairykj @Azwanbro @Onnhafiz @PPUMOnline HOT : PEMUDA UMNO BAKAL PEGANG JAWATAN DALAM KERAJAAN TURKI? @Khairykj @Azwanbro @Onnhafiz @PPUMOnline Reviewed by Empayar Pemuda on 4:42 PM Rating: 5

4 comments:

  1. saya jual ketum sila masuk ke laman yahoo saya dahulu
    77 sen seplastic
    saya jual betina miri kepada isqim
    150 sebulan servis 4 anak orang
    padan muka .......suka main kayu3 jual sajaaaaaaaaaaa
    049769604

    ReplyDelete
  2. bagus..tahniah..teruskan perjumpaan begini..eratkan ukhwah sesama muslim..belajarlah sesuatu drp mereka

    ReplyDelete
  3. Nak gelak aku baca artikle kt atas tu, kerajaan papua new guinea yg mundur pn x nak amik ko org duk dlm parlimen di org inikan pulak kerajaan Turki, tp artikle ni untuk orang2 umnogok je kn, yg tu aku setuju.

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.