Tuesday, April 1, 2014


Pada November 2006, syarikat pembuat kapal terbang Boeing menerima paten daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk sebuah sistem yang mana apabila ia diaktifkan, memampukan sesebuah pesawat diterbangkan ke lokasi tertentu dengan juruterbang tidak mampu berbuat apa-apa.

Autopilot ‘tanpa gangguan’ itu boleh diaktifkan oleh juruterbang, sensor dalaman atau menggunakan jaringan satelit serta radio dari jarak jauh oleh agensi kerajaan AS seperti CIA.

Ia bertujuan untuk mengambil alih penerbangan itu andai berlaku cubaan oleh pengganas untuk mengalih atau melencongkan sesuatu pesawat ke laluan atau destinasi lain.

Sistem baru yang dibangunkan pasca 9-11 adalah untuk membolehkan pihak berkuasa AS menguasai kembali sesuatu pesawat dan tidak tunduk sepenuhnya kepada kemahuan perampas.

Apabila sistem berkenaan diaktifkan, sesuatu pesawat itu akan diterbangkan dengan kawalan luar ke lokasi yang telah diprogram lebih awal.

Boeing dalam kenyataan pada 1 Disember 2006 berkata, ada keperluan mendesak dalam industri penerbangan bagi mewujudkan satu teknik yang secara muktamad dapat mengelak invidu yang tidak bertauliah daripada menguasai sesuatu pesawat dan kemudiannya membahayakan keselamatan penumpang atau orang lain dalam laluan perjalanan kenderaan berkenaan, dengan ini ia akan dapat mengurangkan kesan kemusnahan yang mampu dilakukan individu di dalam sesuatu pesawat (yang dirampas).

“Secara khusus, ada keperluan untuk mewujudkan teknik yang akan memastikan laluan perjalanan sesuatu kenderaan adalah berkekalan dengan mengalihkan sebarang proses membuat keputusan yang salah oleh manusia termasuk ancaman keganasan di atas kenderaan (pesawat) berkenaan,” katanya.

Untuk menjadikannya bebas sepenuhnya, sistem itu mempunyai bekalan kuasa sendiri serta bebas daripada pemutus litar kapal terbang.

Kapal berkenaan akan berada dalam mode otomatik walapun telah mendarat dan mekanik atau kakitangan kerajaan yang berkenaan akan dipanggil untuk mematikan sistem berkenaan.

Boeing telah mewujudkan beberapa kaedah untuk mengaktifkan sistem berkenaan.

Antaranya termasuk suis manual untuk ditekan juruterbang atau pengesan khas di pintu kokpit yang akan mula bertindak apabila mode anti pengganas teraktif walaupun hanya tenaga yang minimum digunakan untuk memaksa buka pintu kokpit.

Pilihan lain ialah jaringan tersembunyi di mana pegawai kerajaan atau wakil syarikat penerbangan di darat akan memantau dan mengarahkan kapal dalam mode otomatik apabila sah keselamatan kapal terbang dikompromi.

Jaringan komunikasi radio juga boleh digunakan untuk memaklumkan kemudahan darat atau kapal terbang lain bahawa sebuah pesawat telah diaktifkan dalam mode otomatik. – MYNEWSHUB.MY

Gambar: Nombor paten di sebelah kanan diagram

1 comments:

Anonymous said...

kalu gitu kena minta batalkan paten us ... sebab claim patent dah tak betul.... merugikan malaysia akibat kehilangan mh370.... patent term di bawah TRIPS adalah 20 tahun... ini bermakna patent tersebut tempoh tamat pada 2026.....depa boleh buat untung juta laksa lagi...sedang malaysia terpaksa menanggung kerugian yg besar....

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.