Saturday, April 5, 2014


LAYAKKAH MENJADI PERDANA MENTERI?

Menggalas tugas Perdana Menteri tentunya bukan enteng. Mentadbir negara dihuni kira-kira 30 juta penduduk, pelbagai bangsa, agama serta kepercayaan politik, bukan seperti makan kacang goreng.

Isi dimakan, kulit dilontar.

Selagi wujud perkataan politik, perbezaan pendapat pasti berlaku. Ketidakpuasan hati tercetus di kalangan kelompok seteru.  

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bukan insan sempurna. Tidak bersifat syumul. Beliau juga manusia seperti kita semua. Memiliki hati, perasaan dan melakukan kesilapan. Beza beliau berbanding kita, Najib memikul tanggungjawab lebih besar berikutan mandat dianugerahkan oleh majoriti rakyat Malaysia. Bukan mandat diraih dari jalanraya tetapi pilihan raya.

Ayah beranak tiga, kekadang pening kepala. Lain anak, lain perangainya. Seorang manja, seorang menurut kata dan seorang lagi barangkali menjadi penderhaka. Pun begitu, ayah tetap cuba melayan anak sama rata kerana itu zuriat dikongsikan bersama isteri tersayang. Anak bersikap buruk dinasihati. Harapan, dia akan menjadi insan berguna.

Jutaan rakyat, tentunya pelbagai ragam mereka.

Tatkala memerintah negara ini, Najib berulang kali dikecam dek pemimpin parti pembangkang namun beliau tidak pernah mempamerkan emosi, kerana Najib, Perdana Menteri. Beliau dihentam berdentum kiri dan kanan. 

Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil mendakwa beliau pengecut berikutan tidak membuka ruang soal jawab ketika sidang media di Australia. Najib tidak bingkas melatah lalu menghamburkan kata nista. Mengapa? Kerana Najib pemimpin ternama. Setiap tindakan diperhatikan mata dunia. 

Tidak pula kedengaran suara sumbang dari negara Down Under, hanya seorang anak Malaysia, cabul tatkala berbicara. Tiada lagi sikap hormat kepada pemimpin lebih berusia, hanya emosi dijadikan kiblatnya.

Mujur Allah mendinding Najib dengan ketenangan jiwa. Pasti tindakan beliau itu telah direncana,  berlandaskan kematangan mental diraih melalui pengalaman. 

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua pula bersuara lantang. Berjanji bakal menjatuhkan Najib sebelum 7 Ogos menjelma. Menjatuhkan Najib, mengangkat siapa?  

Biarkan dia menyalak bukit.

In Sha Allah Najib tetap terbela, mendepani cabaran sebegitu rupa.  

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pula pening kepala. Mendakwa, Najib pemimpin lemah, tidak berkuasa. Adakah Najib melatah? Tidak sesekali kerana Najib, Perdana Menteri.

Perdana Menteri wajib cekal mendepani gurauan nakal. Anwar bakal ke penjara, di situ barangkali terserlah kredibilitinya.

Menjadi ketua negara, tutur kata dan tingkah laku harus dijaga. Disokong pula peradaban terpelihara biarpun dicaci, dimaki dan dihina.

... kerana Najib, masih Perdana Menteri.

Bayangkan, betapa tinggi kesabarannya.Sedangkan Anwar sewaktu disoal oleh media tidak sebulu, menjerkah marah tanpa diduga.

Kelihatannya, emosi Anwar mudah goyah. Digoyahkan soalan wartawan tidak ternama. Layakkah menjadi Perdana Menteri? - Mazidul Akmal Sidek

8 comments:

Anonymous said...

AI, PM ? Jgn buat gile, belum lg die berkuasa, baru bayang bayang je, dah mcm mcm bale, kalaulah dia berkuasa, hei ! Na'uzubillah !

Anonymous said...

ko dah kata manusia tak sama najib pm yg lembik 51% rkyt ttak suka dan 47%saja suka terpaksa,dr gerak body pm cakap byk cerita bodoh d tonjol

Anonymous said...

tak kisah siapa pm ...yg penting rykt selesa dgn hak mereka jgn hanya kayakan kroni dan keluarga dari duit rakyat sdgkan rakyat menderita....

Anonymous said...

Walaupun buruk kita dah tahu perangainya bagaimana,jgn indah berbicara,bijak bersendiwara katanya nak pejuang keadilan,tapi adil kah dia guna rakyat utk kepentingan sendiri.

Anonymous said...

Kalau anwar jd pm...nnti ko nk ampu sape plk

Anonymous said...

baru 30 juta rakyatnya, kat seberang 300 juta rakyatnya,cakap pernah pegi ke luar negara,tapi kenapa pemikiranya masih seperti itu,.macam katak dalam tempurong..

Anonymous said...

Nak tanya sikit,berapa hutang luar negara? kenapa tiap buat budget tak pernah didedahkan,..BN tumbang negara tergadai untuk bayar hutang kat Bank Dunia toh,...

Anonymous said...

Isi kosong, kosong, kosong, selamanya. Takde hujah langsung. KOSONG!

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.