Friday, April 4, 2014


Anda merindu kepimpinan Tun Dr. Mahathir? Ya, sudah semestinya ramai yang merindui era pentadbiran beliau. 

Dulu, bila tengok Tun Dr. Mahathir nak meletak jawatan di PWTC melalui kaca televisyen, tertanya-tanya juga apa sebab dan puncanya. Katanya, dah buat keputusan dan dia dah berkhidmat lama dah. 

Sebak masa tu. Tetapi, apa yang sebenarnya di fikiran beliau? Kita semua nak tahu. Tun Dr Mahathir berjaya mencapai sasarannya dan adakah disebabkan itu dia membuat keputusan meletakkan jawatan? Atau Tun sudah muak dengan orang-orang melayu yang mudah lupa ini? Hanya beliau sendiri saja yang tahu apa yang bermain di pemikirannya.

Sedar atau tidak, masyarakat sering mengkiritik kepimpinan pemimpin selepas era Tun Dr Mahathir Mohammad.

Kerana apa?

Kerana Tun Dr Mahathir telah meletakkan 'benchmark' pemimpin selepas beliau mestilah pemimpin yang lebih baik atau sama baik dengan beliau.

Ya, kita tidak nafikan, setiap pemimpin mempunyai cara yang berbeza namun, asas kepimpinan yang sebenar haruslah dihalusi dan diikuti.

Di zaman Tun Dr Mahathir, mungkin tidak ada penggunaan Internet yang begitu meluas dan sebagainya tetapi sebenarnya ia boleh dikekang dengan kuatkuasa dengan tegas akta yang ada, namun ia dipandang sepi.

Kadangkala kita sakit hati dan geram, kenapa susah sangat nak ambil tindakan sesetengah orang tak kisah dari pihak mana sekalipun yang keluarkan kata-kata ugutan dan sebagainya.

Bak kata Tun

"Itulah, orang dah bagi barang elok, toksah lah sibuk duk tukar ni, mansuh itu mansuh ini tu yang jadi rosak"

Tun merujuk kepada penghapusan beberapa akta. Kenapa? Adakah kerana terlalu bertolak ansur? Apa yang kerajaan dapat bila mendengar permintaan pembangkang?

Tun pernah berkata lagi

"Pembangkang ni duk bangkang ja kerja dia, kita buat baik pun dia bangkang, duk ikut buat apa. Bukan dia akan kata 'Oh kerana kerajaan dah ikut cakap kita , kita akan sokong kerjaaan,' Tak kan?"

Tahap kepimpinan Tun Dr. Mahathir ini terlalu tinggi untuk dicapai oleh mana-mana pemimpin sekarang ini. Tetapi, sepatutnya pemimpin sekarang mengambil contoh dan pendekatan beliau dalam mentadbir negara kerana banyak antara mereka pernah berkhidmat berpuluh-puluh tahun dalam kabinet beliau.

Jadi,  sebagai orang yang rapat dengan Tun, mereka patutnya lebih tahu. Orang dari negara lain banyak yang nak Tun Dr Mahathir menjadi pemimpin mereka. Tetapi pemimpin kita ego dan suka dapatkan nasihat dari orang muda yang kononnya belajar dari Oxford. Elokkah hasilnya sekarang? Makin merosotkan? Pelik kerana mereka seperti kehilangan punca dan pandai pandai mengubah benda yang dah elok.

Coretan ini ditulis ketika merindukan kepimpinan Tun M. Bila membelek helaian akhbar-akhbar lama. 

FB Saya Sayang Tun Dr. Mahathir Mohammad

8 comments:

Anonymous said...

Kalau buleh laa...biaq Tun Mahathir di lantik menteri kanan cam LKY kat Singapore nun. Aku tengok PM lepas Tun M semua lemah,ikut cakap pembangkang...hujung kerajaan terperangkap dengan politik pembangkang. Masa Tun M dulu,pembangkang mati akai sebab Tun M akan checkmate depa sebab Tun M dah boleh congak apa pembangkang nak buat. Hebat Tun M ni. Lagi 100 tahun pun takkan dapat dah pemimpin macam ni. Najib tak perlu malulah...anggap perlantikan Tun M sebagai pengukuh BN terutama sekali parti UMNO yg kian lesu.

Anonymous said...

dia berhenti atau di berhentikan ?

Anonymous said...

dia hebat Allah lgi hebat dia lupa

Anonymous said...

Ada yg berkasyaf tinggi, boleh tahu seseorg tu lupa Allah swt.

Anonymous said...

kesiannya tahap orang berfikir. kita mana boleh banding manusia dengan Allah dan nabi. sebagai manusia, manusia dibandingkan dengan manusia. bila dah mati, Allah yang bandingkan amalan antara manusia. bukan manusia yang dok banding antara mereka, kita mana ada sifat 20 yang ada pada Allah. dan kita manusia bukannya maksum. tolong fikir dengan bijak.

Anonymous said...

ITU DI PANGGIL TERLANJUR AGAMA , MANA BOLIH DI BANDINGKN ALLAH DGN MANUSIA, DIA MENCIPTA KITA DAN SEMUA YG ADA
JIKA BANDINGKAN ROBOT DG KAMU , MUNKIN ROBOT PANDAI DARI KAMU

Anonymous said...

Kasihan.blog ini cuma mencedok cerita yang sama dari blog blog lain.buang masa baca je

Anonymous said...

Kalau tun M memerintah lagi maka hudud akan dikambusnya. Maka bertambah sesatlah rakyat Malaysia.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.