Friday, March 14, 2014



Semalam EP ada mendedahkan mengenai nasib peniaga-peniaga pasar malam Sg. Sekamat yang menerima notis yang berkuat kuasa serta-merta melarang peniaga-peniaga tersebut untuk berniaga di tapak pasar malam tersebut.. 

Ini bermakna mulai minggu depan pasar malam ini sudah tidak wujud lagi jika peniaga-peniaga ini akur dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak MPKj. Yang peliknya perkara atau keputusan ini dibuat oleh MPKj secara tergesa-gesa tanpa melakukan sebarang perbincangan dengan wakil atau mana-mana peniaga yang berniaga di pasar malam tersebut..


Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku?? Adakah pihak MPKj fikir mereka ini hanyalah peniaga pasar malam dan tidak perlu untuk berunding mengenai hak mereka?? Atau pihak MPKj telah menerima arahan khusus daripada orang tertentu supaya menutup pasar malam tersebut dan tidap perlu berbincang mengenai penutupan tersebut??


Bagi pihak Pemuda UMNO Malaysia pula menerusi Naib Ketua Pemudanya, Saudara Khairul Azwan mendesak supaya Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk menimbang kembali hasrat menutup Pasar Malam Kampung Sungai Sekamat yang dikhuatiri bakal menjejaskan pendapatan kalangan peniaga setempat.

Khairul Azwan yang ditemui di Kajang sempena Pilihanraya Kecil Dun ini mendakwa alasan yang diberikan MPKj untuk menutup pasar malam tersebut dianggap tidak relevan terutama apabila menimbangkan keperluan penduduk setempat dan peniaga.
“MPKj perlu menyediakan lokasi lebih baik untuk menggantikan tapak pasar malam sedia ada. Tindakan MPKj yang mengarahkan penutupan pasar malam tanpa melalui perbincangan dengan kumpulan peniaga merupakan ketidakadilan terhadap mereka dan Pemuda UMNO memandang serius perkara ini.

“Kita akan cuba berbincang dengan pihak MPKj agar penyelesaian yang memuaskan hati semua pihak dapat dicapai. Lebih-lebih lagi golongan peniaga ini sebilangan besarnya adalah kalangan peniaga Melayu.”

Saksikan video rintihan peniaga-peniaga pasar malam Sg Sekamat mengenai nasib mereka walaupun ada diantara mereka sudah berniaga dikawasan tersebut hampir 16 tahun..


0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.