TERKINI : TENTERA LAUT US PINJAM ALAT PENGESAN KOTAK HITAM #MH370 #PrayForMH370


Tentera Laut Amerika Syarikat mengirim pengesan kotak hitam ke kawasan selatan Lautan Hindi yang kini jadi kawasan tumpuan usaha mengesan pesawat penerbangan MH370 yang hilang, susulan beberapa rakaman imej objek yang mungkin ada kaitan dengan pesawat itu sejak seminggu lalu.

Tentera laut itu menyifatkan langkah itu sebagai "langkah berjaga-jaga" sekiranya rakaman imej objek itu kemudiannya nanti mengesahkan kedudukan sebenar pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu.

"Sekiranya kawasan serpihan dapat disahkan, (alat pengesan itu) akan memberikan kelebihan yang signifikan dalam usaha mengesan kotak hitam pesawat yang hilang," kata Komander William Marks, jurucakap Armada Ketujuh Amerika Syarikat dalam satu kenyataan seperti dipetik oleh AFP.

Sistem pengesan itu bergantung kepada isyarat akustik untuk membantu mencari kotak hitam pesawat tentera atau komersial yang terhempas sehingga 6,000 meter di bawah laut.

Kenyataan itu bagaimanapun mengingatkan pengiriman alat pengesan itu tidak bermakna lokasi pesawat MH370 sudah disahkan.

"Sila ambil perhatian bahawa pengiriman (alat pengesan) ke kawasan itu bukan satu petunjuk bahawa kita sudah mengesahkan medan serpihan," kata kenyataan itu.

"Ini hanya langkah berjaga-jaga sekiranya kita berjumpa dengan serpihan, kita sudah bersedia untuk mengerahkan peralatan untuk mencari kotak hitam."

Pesawat tentera China pada Isnin berlepas dari Perth untuk menyertai operasi mengesan objek yang dirakamkan terapung di selatan Lautan Hindi oleh satelit seperti yang diumumkan oleh pihak berkuasa Australia dan China, lapor agensi berita Xinhua.

Ia kemudian diperkukuhkan dengan data satelit Perancis yang menunjukkan ada objek terapung di kawasan carian itu. -- Agensi
TERKINI : TENTERA LAUT US PINJAM ALAT PENGESAN KOTAK HITAM #MH370 #PrayForMH370 TERKINI : TENTERA LAUT US  PINJAM ALAT PENGESAN KOTAK HITAM #MH370 #PrayForMH370 Reviewed by Empayar Pemuda on 12:29 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.