TERKINI : TAK PERLU SOLAT JENAZAH GHAIB UTK PENUMPANG #MH370 #PrayForMH370 #MalaysiaAirlines


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah memutuskan 2 perkara berkenaan tragedi yang menimpa pesawat MH370. .

Pertamanya ialah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan berpendirian penumpang dan anak kapal pesawat MH370 beragama Islam bergelar syahid akhirat.

Kedua ialah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan tidak memerlukan solat jenazah ghaib ke atas penumpang pesawat MH370 yang beragama Islam buat masa sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata, ini kerana pihak berkuasa yang mencari dan menyelamat masih belum menjumpai mayat atau cebisan mangsa pesawat MH370.



TERKINI : TAK PERLU SOLAT JENAZAH GHAIB UTK PENUMPANG #MH370 #PrayForMH370 #MalaysiaAirlines TERKINI : TAK PERLU SOLAT JENAZAH GHAIB UTK PENUMPANG #MH370 #PrayForMH370 #MalaysiaAirlines Reviewed by Empayar Pemuda on 12:54 AM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.