Thursday, March 13, 2014


Hari ini EP telah berkesempatan mengikuti program Walkabout Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia iaitu Khairul Azwan Harun di Pasar Malam Sungai Sekamat, Kajang. Keadaan di pasar malam tersebut agak meriah memandang lokasi pasar malam tersebut terletak di kawasan majoritinya orang Melayu..


Tetapi apa yang mengejutkan, semasa lawatan Saudara Azwan ke pasar malam tersebut, peniaga-peniaga disitu bingung dan mengadu pada Saudara Azwan bahawa mereka baru menerima satu notis dari pihak Majlis Perbandaran Kajang dibawah kerajaan PKR Selangor mengarahkan mereka untuk berhenti berniaga serta-merta dikawasan tersebut.



EP difahamkan oleh peniaga bahawa Wan Azizah baru sahaja selesai melawat pasar malam tersebut untuk bertemu pengundi tetapi tutup sebelah mata mengenai masalah yang dihadapi oleh peniaga-peniaga di pasar malam tersebut..

Ikuti kenyataan yang dibuat oleh Saudara Azwan bagi membantu peniaga-peniaga ini menyelesaikan masalah mereka..

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun mendesak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk menimbang kembali hasrat menutup Pasar Malam Kampung Sungai Sekamat yang dikhuatiri bakal menjejaskan pendapatan kalangan peniaga setempat.

Khairul Azwan yang ditemui di Kajang sempena Pilihanraya Kecil Dun ini mendakwa alasan yang diberikan MPKj untuk menutup pasar malam tersebut dianggap tidak relevan terutama apabila menimbangkan keperluan penduduk setempat dan peniaga.
“MPKj perlu menyediakan lokasi lebih baik untuk menggantikan tapak pasar malam sedia ada. Tindakan MPKj yang mengarahkan penutupan pasar malam tanpa melalui perbincangan dengan kumpulan peniaga merupakan ketidakadilan terhadap mereka dan Pemuda UMNO memandang serius perkara ini.
“Kita akan cuba berbincang dengan pihak MPKj agar penyelesaian yang memuaskan hati semua pihak dapat dicapai. Lebih-lebih lagi golongan peniaga ini sebilangan besarnya adalah kalangan peniaga Melayu.”
Notis arahan mengenai penutupan serta merta tapak pasar malam tersebut diterima penganjur pasar malam, baru-baru.
Namun penganjur memaklumkan bahawa tiada sebarang kata putus pun dicapai antara MPKj dan kumpulan peniaga pasar malam itu mengenai hal tersebut sebelum ini. 

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.