Wednesday, March 12, 2014


Pernah tak kita terfikir kenapa Anwar memilih isterinya sendiri menjadi calon dalam PRK Kajang untuk menggantikannya walaupun terdapat beribu-ribu macai yang lain dalam PKR yang lebih layak untuk menggantikannya dalam PRK tersebut..

Info dalaman dari PKR memberitahu mereka telah menyenarai pendek beberapa nama untuk menggantikan Anwar sebagai calon PRK Kajang setelah Anwar didapati bersalah dalam kes meliwat Saiful...Antara nama yang disenarai pendek ialah Wan Azizah, Hj Mohd. Yahya Sahri, Yusmadi Yusoff, Dr Muhd Nur Manuty, Latheefa Koya, Dr Badrul Amin Bahron,  Fariz Musa dan Dr Idris Ahmad.

Tetapi dalam semua nama yang disebut itu Anwar lebih mempercayai isterinya untuk menggantikannya sebagai calon dengan alasan Agenda Langkah Kajang hanya dapat diteruskan jika isterinya menjadi calon..EP difahamkan pada mulanya ramai juga yang tak bersetuju dengan cadangan tersebut terutamanya dikalangan PAS..tetapi setelah Anwar dan DAP berkeras..akhirnya semua terpaksa akur dan tunduk dengan kemahuan Anwar...

Adakah SEJARAH menyusahkan rakyat di Permatang Pauh bakal berulang jika Wan Azizah dipilih menjadi ADUN di Kajang??Perkara ini jelas terbukti apabila Wan Azizah sebelum ini pernah mengkhianati pengundi di Parlimen Permatang Pauh apabila meletak jawatan semata-mata hanya untuk memberi laluan kepada suaminya, Anwar Ibrahim untuk bertanding setelah lepas tempoh pantang...

Tidak mustahil perkara yang sama akan berulang di Kajang...Sebab itu Wan Azizah dipilih untuk menggantikannya sebagai calon setelah cubaannya kali pertama untuk menjadi ADUN di KAJANG gagal setelah didapati bersalah meliwat Saiful..


Bagi EP Wan Azizah sendiri tidak mampu atau layak untuk menjadi seorang wakil rakyat yang baik jika beliau dipilih menjadi ADUN di Kajang.. Sebab apa EP kata begitu..

Pertama, beliau gagal semasa menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh..Jarang sekali turun kawasan bertemu rakyat atau mengadakan program melainkan suaminya ada ceramah atau program di Permatang Pauh..

Kedua, beliau dibebani dengan masalah keluarga yang agak rumit dan keluarganya lebih memerlukan perhatiannya sebagai seorang isteri dan ibu berbanding rakyat Kajang...Suaminya akan dipenjarakan dan anaknya pula sedang mengalami krisis rumahtangga yang boleh berlarutan sehingga penceraian..Agak-agaknya mana satu yang akan diberi keutamaan?? Rakyat Kajang atau Keluarganya??

Fikir-fikirkan....








4 comments:

Anonymous said...

Apa Cina buat semuanya betul, Melayu selalunya salah, selama ni DAP, MCA dan Gerakan apa mereka buat untuk orang Melayu, parti PKR,PAS dan UMNO masing-masing ikut haluan masing-masing, yang untung siapa????

Anonymous said...

cina juga yang untung

Anonymous said...

Adakah Datin Seri layak bertanding sebagai ADUN pula setelah meletakkan jawatan sebagai anggota Parlimen pada 2008. Saya rasa beliau sudak layak lagi untuk bertanding mengikut Akta Pilihanraya.

Anonymous said...

maaf ...tidak ...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.