Tuesday, March 18, 2014


Penafian Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa beliau tidak mengenali juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah, setelah akhbar antarabangsa, The Mail mendedahkan juruterbang itu merupakan ‘penyokong fanatik’ suaminya menimbulkan keraguan kepada banyak pihak.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun menyifatkan kenyataan Wan Azizah itu sebagai cubaan menipu rakyat apabila Naib Presiden PKR, R. Sivarasa, mengakui mengenali Zaharie secara peribadi kerana seorang ahli PKR yang aktif.


Malah menurut Khairul Azwan lagi, dakwaan Wan Azizah bahawa suaminya juga tidak mengenali Zaharie turut dilihat bercanggah apabila Ketua Pembangkang, dalam Dewan Rakyat, mengakui mengenali juruterbang pesawat tersebut.

“Bagaimana Wan Azizah boleh kata dia tidak kenal juruterbang tersebut, sedangkan Anwar pula kata kenal?


“Kenyataan Wan Azizah nampak tak selari (dengan suaminya). Sebagai rakyat, pasti akan timbul tanda, apa yang Wan Azizah cuba sembunyi?” kata Khairul Azwan apabila ditemui pemberita di Kajang, pagi tadi.

Beberapa blog, semalam, mendedahkan bahawa Zaharie merupakan bapa saudara kepada menantu Wan Azizah, Nurul Syaheedah Jes Izman.

“Wan Azizah kata tak kenal Zaharie. Tiba-tiba menantu dia (Wan Azizah) mengaku pula bahawa juruterbang itu bapa saudara dia. Jadi siapa yang bercakap benar?” ujar Khairul Azwan lanjut apabila diminta mengulas dakwaan beberapa blog itu.

Kehilangan pesawat MH370 telah memasuki hari kesepuluh dengan beberapa spekulasi timbul termasuk kemungkinan pesawat itu dirampas, selain pendedahan sebuah akhbar antarabangsa mengenai obsesi Zaharie terhadap ketua pembangkang.

Banyak lagi artikel menarik di : SELANGOR PRESS

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.