Monday, March 24, 2014



Keputusan PKR memilih Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail antara faktor membolehkan beliau menang selesa walaupun undi diperolehi pada PRK DUN Kajang, merosot sedikit.

Ini kerana pengundi melihat Presiden PKR itu tiada liabiliti berbanding suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya bertanding selepas Adun PKR Lee Chin Cheh meletak jawatan akhir Januari lalu.

Malah, pada peringkat awal ketika Anwar diumumkan akan bertanding, Barisan Nasional (BN) dijangka boleh mengurangkan majoriti 6,824 yang diperolehi Lee pada PRU 13.

Tinjauan awal ketika ini mendapati penduduk Kajang sudah muak dengan isu peribadi Ketua Pembangkang itu yang berdepan perbicaraan kes liwat dan isu moral yang pernah dinafikannya.

Bagaimanapun, perasaan kecewa dengan Anwar dikatakan berubah sebaik Wan Azizah dicalonkan menggantikan suaminya yang hilang kelayakkan bertanding selepas dihukum penjara lima tahun kerana disabit kesalahan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sebilangan pengundi yang sebelum ini dijangka memihak kepada calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun kembali menyokong PKR dengan memberi undi kepada Wan Azizah atas faktor beliau tidak bermasalah seperti Anwar.

Selain itu, Majang Move turut memberi pengaruh kepada pengundi di kawasan tersebut untuk memilih Wan Azizah.

Ianya bukan kerana untuk menukar Menteri Besar tetapi mereka percaya cakap-cakap pembangkang bahawa itu langkah mudah ke Putrajaya.

Mesej lain selepas keputusan pengundian pada Ahad membuktikan pengundi-pengundi Cina masih setia dengan Pakatan Rakyat.

Walaupun BN berkempen dengan menonjol Chew sebagai pimpinan baru MCA selepas pemilihan baru-baru ini, pengundi-pengundi Cina tidak melihat itu boleh membawa kebaikan kepada mereka.

Lihat sahaja peti-peti undi di kawasan majoriti kaum Cina, mereka menguasai peratusan dan sanggup memilih Wan Azizah berbanding Chew walaupun Naib Presiden MCA itu satu keturunan dengan mereka.

Chew hanya mendapat 11,362 undi berbanding Wan Azizah yang memperolehi 16.741 undi.

Untuk rekod, Lee memperolehi 19,571 undi manakan calon BN Lee dapat 12,741 undi pada PRU 13.

Dengan majoriti 6,824 diperolahi Lee dan 5,379 oleh Wan Azizah, bermakna Chew dapat mengurangkan 1,445 undi pada PRK ini.

Inilah suka duka yang diharungi Wan Azizah dan Chew pada PRK DUN Kajang.

Ia juga membawa makna yang menang tidak dapat kesemuanya manakala yang kalah tidak kehilangan kesemuanya.

Lagipun, mood PRU 13 yang baru 10 bulan berlalu masih kuat dijiwa sebilangan besar pengundi DUN Kajang jika keputusan PRK Kajang ini diambil kira.

Bagaimanapun, pada PRK kali ini, peratusan pengundi keluar mengundi merosot sebanyak 16.4% apabila hanya 72% (28,314 orang) pengundi berbanding pada PRU13 sebanyak 88.4% atau 34,920 orang.

Pagi tadi, Pengerusi Suruhanajaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof mensasarkan 80% pengundi untuk keluar mengundi namun sasaran itu gagal dicapai.

Walaupun kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat, namun sasaran mereka untuk menambah undi majoriti gagal dicapai.

Apatah lagi omongan kosong Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang mencanangkan pembangkang mahu memastikan bukan sahaja Chew tewas tetapi hilang deposit.

Dengan kemenangan ini, apakah agenda seterusnya PKR?

Juga ingin diketahui sama ada Wan Azizah akan menghabiskan lebih banyak masa bersama mereka yang telah mengundinya atau berjuang dalam Reformasi 2.0 kononnya bagi menuntut keadilan untuk Anwar. -bnbbc.my

8 comments:

Anonymous said...

cukup-cukuplah menceritakan perihal parti anak beranak tu...lantaklah nak hidup ke ataupun nak mati ...tak ada gunanya ..macam beri publisiti percuma pulak pada mereka.

kalau ada idea -idea menarik ..war-warkan saja pada kerajaan untuk kebaikan penyokong kerajaan.

zulk1965 said...

Betul tu. Tumpukan lah usaha membangunkan negara dan abaikan mereka. Klu asyik komen ttttg mereka akan membuat org makin pandang serong pada BN sbb rakya memandang BN sengaja menekan PR. BN cuma perlu menjawap tomahan dgn fakta dan x usah menyerang PR. Tunjukan Integeriti yg tinggi jgn menyalak mcm mereka. Pendekatan yg lebih Islamik perlu, buabgkanlah yg bertentengan dgn Islam. Kita kan negara Islam.

zulk1965 said...

Betul tu. Tumpukan lah usaha membangunkan negara dan abaikan mereka. Klu asyik komen ttttg mereka akan membuat org makin pandang serong pada BN sbb rakya memandang BN sengaja menekan PR. BN cuma perlu menjawap tomahan dgn fakta dan x usah menyerang PR. Tunjukan Integeriti yg tinggi jgn menyalak mcm mereka. Pendekatan yg lebih Islamik perlu, buabgkanlah yg bertentengan dgn Islam. Kita kan negara Islam.

Anonymous said...

tak perlu lagi bercerita benda yg dah lepas... apa yg berlaku jadikan pengajaran kepada Pak Najib dan UMNO...terlalu ramai pemimpin umno berjuang untuk kepentingan diri dan bukan rakyat, contoh di Kajang sendiri...roh perjuangan bagi org-2 melayu telah hilang kerana kebendaan dan mereka menjadi kurang ajar dan tidak tahu berterima kasih termasuklah kaum2 yg pernah dibantu oleh kerajaan angkara hasutan dendam kesumat seorg melayu yg derhaka kepada bangsanya sendiri..

Anonymous said...

umno telah disatekan di Kajang. Begitu lah seterusnya hingga umno mampusss diMalaysia

Aku bersyukur kerana umno kalah selama lamanya.

Jgn biarkan umno bertapak di Selangor Darul Ehsan.
hanya babi babi yg bodoh masih sokong umno

Anonymous said...

umno telah disatekan di Kajang. Begitu lah seterusnya hingga umno mampusss diMalaysia

Aku bersyukur kerana umno kalah selama lamanya.

Jgn biarkan umno bertapak di Selangor Darul Ehsan

Anonymous said...

tak de pulak jualan murah mcm di prk sg limau kali ni ya

Anonymous said...

Malang bagi BN kerana mempunyai Presiden yg tak tegas. Dek fitnah didalam web,blog dan alam maya BN akan tumbang jugak akhirnya. Pesanan aku satu je,kembalikan ISA demi menyelamatkan Malaysia ini dari dajal. Malang bg org melayu lebih suka dengar fitnah daripada mengkaji yg manq benar atau yg mana palsu. Mmg dasar org melayu mudah lupa. Sedarlah DAP hanya menggunakan LEBAI2 PAS YG BODOH LAGI BAHLOL DAN ANWAR IBRAHIM BAGI MEMENUHI CITA2 JAHANAM MEREKA BAGI MENJAHANAMKAN BANGSA MELAYU.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.