Thursday, March 13, 2014

Umum telah mengetahui Calon BN, Chew Mei Fun akan bertanding satu lawan satu menentang calon dari Pakatan Rakyat, Wan Azizah Ismail bagi merebut kerusi DUN Kajang dalam Pilihan Raya Kecil kerusi berkenaan pada 23 Mac ini..

Dan sudah semestinya pencalonan Wan Azizah sebagai calon menggantikan Anwar akan memberi kelebihan kepada BN bagi membuat kejutan pada PRK DUN Kajang pada 23 Mac ini kerana beban yang perlu dihadapi oleh Anwar pada PRK Kajang ini kini diletakkan sepenuhnya kepada isterinya bagi memastikan impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri tercapai..

Ramai pemimpin-pemimpin dan ahli dari parti komponen Pakatan Rakyat di Kajang sudah mula cakap belakang mengenai pemilihan Wan Azizah bagi menggantikan Anwar sebagai calon PRK Kajang..Bagi mereka Wan Azizah hanya akan menyusahkan mereka jika dipilih jadi calon..Nama saja ADUN tapi kerja orang lain yang perlu buat..


Satu ketika dulu Wan Azizah telah diletakkan ditempat yang serupa seperti sekarang dimana beliau terpaksa menggalas tanggungjawab suaminya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh sehingga tempoh pantang suaminya berakhir dan kemudiannya melepaskan jawatan tersebut untuk diambil alih oleh suaminya..

Dan terbukti, sepanjang tempoh itu Wan Azizah telah gagal menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya oleh rakyat kerana Wan Azizah dilihat lebih aktif membela perihal rumahtangganya berbanding menjaga kebajikan rakyat di Permatang Pauh..

EP tak salahkan Wan Azizah 100% kerana itu merupakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu..dan sebagai seorang isteri dan ibu, beliau patut mendahulukan perkara tersebut berbanding perkara lain..Tetapi, nak buat macam mana..kerana akur dengan kehendak suaminya, beliau telah dibebani dengan perkara yang tidak sepatut ditanggungnya..

Adakah kita mahu perkara ini berulang di Kajang..memandang situasi di Kajang lebih kurang sama semasa beliau menjadi Ahli Parlimen di Permatang Pauh dimana suaminya akan di penjarakan manakala anaknya pula sedang menghadapi krisis rumahtangga yang agak serius sehingga boleh melibatkan penceraian...Rakyat Kajang patut kesiankan Wan Azizah....

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.