Tuesday, March 18, 2014


Nampaknya kempen PKR di dalam PRK DUN Kajang sudah menyimpang dari landasan, di mana isu yang dijaja setiap hari sepanjang tempoh berkempen bukanlah bersangkut paut dengan soal nasib rakyat, tetapi lebih kepada isu masalah peribadi Anwar Ibrahim sendiri.

Kalau kita ikuti ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh PKR kita akan dapati Wan Azizah atau mana-mana penceramah yang diundang lebih banyak bercerita tentang keluh kisah kes mahkamah Anwar Ibrahim yang kononnya menjadi mangsa politik daripada memperkatakan tentang permasalahan rakyat di Kajang.

Adakah mereka terlupa bahawa jawatan yang ditandinginya itu adalah untuk membela nasib rakyat di kawasan tersebut dan bukannya untuk kepentingan keluarga Anwar Ibrahim..

Jika Anwar Ibrahim telah didapati bersalah oleh mahkamah maka beliau berhak merayu. Kenapa pula perlu mengheret pengundi Kajang untuk menyelesaikan masalah yang dia cipta sendiri..Rakyat Kajang harus ingat bahawa PRK Kajang ini adalah satu perkara yang sengaja diadakan semata-mata untuk memenuhi nafsu politik Anwar, namun malang sekali ianya tidak kesampaian.

Wan Azizah sepatutnya menerangkan perjuangan sebenarnya, bukan asyik meraih simpati. Tapi ini tidak dilakukannya kerana dia sendiri pun bertanding di situ, hanyalah semata-mata memenuhi agenda yang ditetapkan suaminya. Dia hanyalah calon proksi, bukan calon pilihan pakatan pembangkang...

Rakyat Kajang perlukan seorang wakil yang ada pengalaman menyelesaikan masalah rakyat, sanggup mendekati rakyat, cergas berkhidmat, dedikasi dan punya integriti. Dan ini hanya boleh dilakukan oleh calon BN, Chew Mei Fun. 

PRK Kajang ini sengaja diadakan hanya untuk memenuhi nafsu dan cita-cita politik Anwar. Sebab itu, apabila dia tidak menjadi calon, dia meletakkan Wan Azizah sebagai calon supaya permainan simpati terhadapnya dapat diteruskan. Sejarah telah membuktikan bahawa beliau telah gagal di Permatang Pauh. Jadi, pengundi di Kajang jangan pula terpengaruh dengan taktik politik simpati Wan Azizah. 

2 comments:

anti-Peliwat said...

Keadilan untuk B.A.B.I saja??? How about keadilan untuk Saiful???

anti-LGBT & Dajjal said...

Daripada PR, lebih baiklah BN. Aku tak nak sokong parti yang ketua umum dia tu PELIWAT, pakar tebuk BONTOT jantan, betina , laki & perempuan. Aku tak nak pilih parti yang ketua tu satu spesis dengan umat Nabi Lut yang Allah SWT rejam sampai mampos kat dasar Laut Mati.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.