Saturday, March 22, 2014



Dataran Masjid Putra di sini malam ini bergema dengan alunan merdu bacaan qasidah dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW oleh ratusan ribu yang menghadiri majlis Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul yang merupakan perhimpunan selawat ter besar pernah dianjurkan di pusat pen tadbiran negara.


Majlis bertemakan ‘Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan’ itu diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.



Orang ramai yang majoritinya ber pakaian jubah warna putih mula membanjiri dataran Masjid Putra seawal pukul 6 petang walaupun hujan renyai bagi mengikuti pelbagai pengisian program berbentuk keagamaan dise diakan penganjur.


Alunan qasidah dan selawat yang memuji Rasulullah SAW itu dipimpin oleh tokoh agama terkenal nusantara, Habib Syech Abdul Qodir Asseqaf dan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.

Sepanjang program yang berlang sung hampir empat jam itu, para hadirin turut menunaikan solat maghrib dan isyak berjemaah, selain disajikan dengan zikir terapi dan bacaan al-Quran berduet oleh peserta Imam Muda Amiril Md. Banin serta Pencetus Ummah (PU).

Hadirin juga disajikan dengan dua tazkirah duet oleh para peserta rancangan PU iaitu Fakhrul Islam Md. Zarin, Rahmat Ikhsan Mohd. Sofyan, Salman Maslori, Shahul Hamid Seeni MD dan Attan Thowi Yusof.

Selepas solat isyak, Perdana Menteri menyertai hadirin daripada pelbagai latar belakang dan usia menunaikan solat hajat serta bacaan doa bagi memohon supaya operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dipermudahkan. - UTUSAN ONLINE




5 comments:

Anonymous said...

Seronoknya tengok umat Islam BERSATU demi ALLAH SWT dan RasulNya (SAW), dan gembira sikit tengok YAB PM DS Najib yg. lembut dan bersih ini, dpt tersenyum sikit, selepas begitu berduka sejak insiden MH370.

Hidup ISLAM/umatnya termasuk YAB PM dan IBUNDA NEGARA, DS Rosmah kita! Semoga umat Islam/Melayu di NEGARA ISLAM; Tanah Melayu pusaka nenek moyang kita, jadi lebih soleh, supaya ALLAH SWT lebih memberkati tanah pusaka kita ini, Insya-ALLAH!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Anonymous said...

PEMBETULAN: (perenggan pertama)

Seronoknya tengok umat Islam BERSATU demi ALLAH SWT dan RasulNya (SAW), dan gembira sikit tengok airmuka YAB PM DS Najib yg. lembut dan bersih ini, dpt tersenyum sikit, selepas begitu berduka sejak insiden MH370.

Anonymous said...

alhamdulillah...bersyukur kepada ALLAH...semua org Islam tanpa mengira anutan politiknya telah mula bersatu... mungkin di sebalik trajedi MH370 dan beberapa kejadian seperti kemarau dll ada hikmah yg tersembunyi .... semoga akan kekal selama2nya umat Islam bersatu menentang musuh Islam ....amin

Anonymous said...

kita umat islam mesti bersatu untuk maju didalam apa saja bidang yg kita ceburi tanpa membelangkangkan syariat agama..tanpa perpaduan kita kini sudah menjadi lemah seshingga diambil kesempatan oleh musuh Islam ....contohilah kekentalan perjuangan rakyat Palestin....apakah kita boleh buat macam mereka????

Anonymous said...

Sayangnya yang paling menjelekkan seorang YB Melayu Shah Alam telah mengutuk seperti seorang yg tak beriman langsung kerja2 baik yg disertai oleh YAB DS Najib bersama2 ratusan ribu rakyat ini.....Itukah tingkah laku sekutu2 Dajjal di akhir zaman ini??? Nanguzubillahhumunzalik......

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.