Friday, March 21, 2014


EP rasa umum mengetahui mengenai kekuatan jentera PAS dalam menghadapi PRK..Tetapi jika perasan penglibatan jentera PAS dalam pilihanraya kali ini agak dingin berbanding dengan pilihanraya-pilihanraya kecil yang lain..Kenapa agaknya??..

Adakah faktor calon yang membuatkan jentera PAS merajuk untuk menolong PKR di PRK Kajang??

Kalau mengikut Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dazma Shah Daut, beliau mengakui kehadiran jentera Pas di dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kajang ini bermula pada hari penamaan calon, 11 Mac lalu sehingga ke hari ini nampak tidak memberangsangkan, seperti ada yang tidak kena sehingga menyebabkan sikap dingin jentera Pas kali ini.

Tambahnya, kalau ada pun jentera Pas ia kelihatan sekadar melepaskan batuk di tangga untuk membantu calon dari PKR, Datin Seri Wan Azizah yang merupakan Presiden PKR sendiri.

“Saya rasa ini disebabkan kemungkinan Pas sendiri yang tidak begitu setuju dengan calon yang ditampilkan PKR, kerana Wan Azizah ini bukanlah calon yang menjadi pilihan rakyat tetapi calon yang menjadi pilihan suaminya, Anwar Ibrahim.

“Nampak gayanya, cara PKR berkempen dalam PRK Kajang ini lebih kepada meraih simpati untuk Anwar Ibrahim daripada memperjuangkan nasib rakyat khususnya di kawasan Kajang ini,” ujarnya 

Jelas beliau, untuk mereka menang dalam PRK Kajang ini, mereka menggunakan Wan Azizah kerana percaya ketrampilan Wan Azizah yang boleh meraih simpati rakyat untuk sama-sama memperjuangkan kezaliman yang kononnya kerajaan BN buat terhadap Anwar Ibrahim.

Dalam masa yang sama, selepas 10 hari berkempen di Kajang, beliau nampak perubahan sokongan khususnya anak muda untuk menyokong BN dan mengundi Datin Paduka Chew Mei Fun pada 23 Mac nanti.

“Sumbangan jentera dan tenaga orang muda berpihak kepada BN,” ujarnya lagi yang juga Pengerusi Biro Pekerja Muda, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. 

1 comments:

Anonymous said...

mana tak bengangnya presiden kena saman 2 juta dgn ahli pkr.. pastu nak minta org tlg..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.