HOT : ADUN PKR BAKAL DISAMAN KERANA MENGHINA..


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin berdepan tindakan saman daripada keluarga Allayarham Koperal Raja Aizam Raja Mohet, 54, berikutan tweetnya yang didakwa berunsur hinaan.

Adun Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam entri tweeternya dilaporkan berkata, " penjenayah bunuh polis itu tidak menghairankan, tetapi bila polis yang sepatutnya menegakkan undang-undang membunuh tahanan, itu masalah..." yang dipercayai merujuk kepada kejadian yang menimpa Raja Aizam.
Dalam kejadian pada Selasa, Allahyarham Koperal Raja Aizam meninggal dunia manakala rakan setugas beliau dari unit kereta peronda cedera selepas diserang dua lelaki, dipercayai warga Indonesia di Taman Sentosa, Klang.
Tindakan untuk menyaman Dr Afif telah dimuatnaik oleh anak perempuan Allahyarham menerusi status laman sosial Facebook Raja Nor Atiqa pada petang Khamis.
Menurut status tersebut Raja Nor Atiqa hanya berkata, "kami akan saman demi arwah abah."
Sebelum itu, pada tengah hari Khamis, Raja Nor Atiqa dalam statusnya turut memberi peluang kepada Dr Afif untuk meminta maaf secara terbuka sebelum keluarganya memutuskan untuk mengambil tindakan saman.
Bagaimanapun akibat tiada permohonan maaf, wanita terbabit mengeluarkan status terbaru untuk mengambil tindakan saman malu.
Status Raja Nor Atiqa selain itu turut mendapat sokongan moral pengguna laman sosial yang mahu keluarga Raja Aizam mengambil tindakan undang-undang terhadap wakil rakyat PKR terbabit bagi memberi pengajaran kepada ahli politik lain.
HOT : ADUN PKR BAKAL DISAMAN KERANA MENGHINA.. HOT : ADUN PKR BAKAL DISAMAN KERANA MENGHINA.. Reviewed by Empayar Pemuda on 1:00 AM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.