TERKINI : KEPUTUSAN RAYUAN ANWAR DALAM KES LIWAT II...#Kajang

Berjaya atau tidak rayuan Anwar untuk menggugurkan Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat membabitkannya akan diketahui petang ni..

**Agak-agaknya lepas Anwar jadi MB Selangor..kes ini akan tertangguh lagi tak??Al-maklumlah..Lepas ni sibuk nak menguruskan pentadbiran negeri dicampur pula dengan jemputan menjadi panel untuk forum-forum di luar negara...Sibuk tu...



Mahkamah Persekutuan hari ini akan mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam cubaan kali keduanya untuk menggugurkan peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu.

Rayuan tersebut sepatutnya didengar pada 28 Januari lalu tetapi ditangguhkan selepas peguam Tommy Thomas yang mewakili Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Keputusan terhadap rayuan Anwar itu perlu dibuat pada hari yang sama bagi membolehkan rayuan pihak pendakwaan dalam kes liwat terbabit di Mahkamah Rayuan dapat dijalankan seperti yang dijadualkan sebelum ini iaitu pada Rabu dan Khamis ini.

Anwar mengemukakan rayuan setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada 20 Disember tahun lalu yang menolak permohonan keduanya itu yang bersandarkan kepada akuan berkanun (SD) bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim .

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Aziah Ali sebulat suara memutuskan, permohonan tersebut langsung tidak mempunyai sebarang merit dan hanya bersandarkan kepada akuan berkanun Mat Zain yang bersifat dengar cakap (hearsay).

Hakim tersebut turut menyatakan, akuan berkanun terbabit merupakan satu perkara yang remeh dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan rayuan kes liwat membabitkan Anwar dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Selain itu, panel hakim tersebut menyatakan, terdapat kecacatan tersembunyi dalam akuan berkanun terbabit iaitu percanggahan identiti pembuat SD berkenaan iaitu nombor kad pengenalan dan alamat telah dipadamkan.

Cubaan kali kedua untuk menggugurkan Muhammad Shafee dilakukan oleh Anwar setelah usaha kali pertamanya ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 17 September 2013 dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 21 November tahun sama.

Permohonan pertama Anwar untuk menggugurkan Muhammad Shafee adalah berdasarkan kelayakan pelantikan beliau dan atas alasan wujud percanggahan kepentingan kerana peguam terkenal itu dikatakan menjadi saksi penting dalam perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar.

Pihak pendakwaan pula mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan tersebut.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berusia 67 tahun itu didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.


TERKINI : KEPUTUSAN RAYUAN ANWAR DALAM KES LIWAT II...#Kajang TERKINI : KEPUTUSAN RAYUAN ANWAR DALAM KES LIWAT II...#Kajang Reviewed by Empayar Pemuda on 11:52 AM Rating: 5

5 comments:

  1. Tergesa gesa nampkanya Mahkamah Bomoh Madir Iskandar Kuti membuat keputusan utk mencemarkan nama Nuar sebelum pemilihan di Kajang. Untuk pengetahuan Kuti, obat dia org dah makan dan muntah, tak payah overplay sangat dgn isu ini ,,bangsat!

    ReplyDelete
  2. ..aljuburi mmg meliwat.. aljuburi liwat sukma.. aljuburi juga liwat saifol.. aljuburi juga liwat cinadol.. liwat tetap liwat.. taqbir!.. laung mat sabu barua aljuburi.. hehe..

    ReplyDelete
  3. Bodo sapa yg sokong nuar ni....

    ReplyDelete
  4. Chedet dah lama bersara pon kata mahkamah chedet lg...

    Lg taun 97 dengo kata kanspirasi.... jemuu aaa...

    ReplyDelete
  5. Chedet dah lama bersara pon kata mahkamah chedet lg...

    Lg taun 97 dengo kata kanspirasi.... jemuu aaa...

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.