TERKINI : ANAK ZAHID HAMIDI TAWAR DIRI JADI CALON #PRKKajang



Anak perempuan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Nurul Hidayah berhasrat bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang.

Bercakap kepada Sinar Harian, Nurul berkata, keputusan terletak ditangan pucuk pimpinan siapa calon terbaik untuk kerusi itu.

“Saya tidak boleh komen lebih-lebih, masih dalam perbincangan. Hasrat itu ada, saya percaya mereka yang rasa dirinya layak juga berhasrat perkara sama.

“Apa-apa pun terserah pada pucuk pimpinan parti,” katanya.

Tegas Nurul, beliau berharap tidak ada pihak cuba mengeruhkan keadaan dengan membesarkan lagi cerita ini.

“Saya hanya buka mulut pada rakan-rakan, saya minta pandangan mereka. Tidak tahu pula sampai kepada pengetahuan (media).

“Saya tidak mahu ada pihak terguris hati, jadi saya tidak berminat untuk komen lebih lanjut. Lainlah jika memang sudah diumum sayalah calon itu,” katanya.

Menurut Nurul, jika perkara itu dibesarkan pihaknya bimbangkan akan memberi implikasi kepada BN dan juga bapanya. 

“Seperti mana orang tahu bapa saya berada dalam kepimpinan parti, jadi saya tidak mahu keruhkan hubungan dengan beliau, saya sangat hormati kedudukan beliau,” katanya.

Nurul yang merupakan anak jati Selangor itu memberitahu beliau sudah lama menetap di Kajang. -Sinar Harian
TERKINI : ANAK ZAHID HAMIDI TAWAR DIRI JADI CALON #PRKKajang TERKINI :  ANAK ZAHID HAMIDI TAWAR DIRI JADI CALON #PRKKajang Reviewed by Empayar Pemuda on 11:57 AM Rating: 5

4 comments:

  1. bagus la tu, orang masih menunggu apa tindakan bapak dia terhadap teresa kok, anak pulak meroyan nak bertanding, apa korang ingat umno/bn tu parti anak beranak ke?

    ReplyDelete
  2. Pkr je parti anak beranak. Ha ha.

    ReplyDelete
  3. Angan2 mat jenin minah ni.bapak kau pun tak setara
    mana.pung pang je lebih.tin kosong

    ReplyDelete
  4. Parti Keldaian Rakyat yang terang2 parti anak beranak tu ko tak komen plak anony bengap oi? Sama gak dgn parti DAPigs yg korang jilat2 buntut dorang tu, kepimpinan kat atas2 tu terang2 anak beranak yg je yg pegang. Takde lak ko menyalak kan? Pasal minah ni lak, kan dia dah ckp terserah pd pucuk pimpinan yg putuskan samada dia boleh bertanding ke tak. Dia cuma tawarkan diri utk bertanding je, yg ko spin sampai nak ckp UMNO/BN parti anak beranak tu apa kes? Gile takde kaitan pon.

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.