KANTOI!! TAK SAMPAI 24 JAM RAKYAT DAH DAPAT TAHU ANWAR MENIPU #PRKKajang

Hebat betul Manusia Anugerah Tuhan ni..tak sampai 24 jam habis rakyat Permatang Pauh dan Kajang ditipunya..Yang mana satu betul ni.. dirancang atau tidak dirangcang??

Dalam ceramahnya di Permatang Pauh kelmarin (tak ramai pun hadir) Anwar kata strategi mengosongkan kerusi Kajang bagi membolehkan beliau bertanding adalah hasil rundingan..Ini bermaksud perkara yang akan merugikan duit rakyat ini telah dirancang lebih awal..


Tapi dalam ceramahnya malam tadi di Kajang pula, Anwar kata perkara ini tidak dirancang..Semua ini terjadi secara kebetulan dan Anwar hanya menemui Chin Cheh beberapa jam sebelum menyerahkan surat peletakan jawatannya. Tiada perbincangan dengan Chin Cheh sebelum ini...

Anwar ingat zaman dulu ke?? Tiada teknologi komunikasi yang canggih..Segala berita atau maklumat dapat dikongsikan dalam hanya beberapa saat walaupun kita berada dimana-mana ceruk dunia..

EP harap semua rakyat Malaysia terutamanya penduduk Kajang dapat menilai yang mana kaca, yang mana permata..yang mana buruk dan yang mana baik sebelum memilik calon yang akan bertanding pada PRK Kajang untuk kali ini..

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berterusan cuba memperbodohkan rakyat apabila bertindak menafikan pula bahawa beliau mengadakan rundingan dengan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Lee Chin Cheh.
Penafian itu dibuat tidak sampai 24 jam selepas mengakui ketika berceramah di hadapan kira-kira 200 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Permatang Pauh, Pulau Pinang, bahawa strategi mengosongkan kerusi Kajang bagi membolehkan beliau bertanding adalah hasil rundingan.

Namun pada malam ini, ketika sesi penjelasan kepada penduduk di Kajang, Anwar mendakwa beliau hanya menemui Chin Cheh beberapa jam sebelum menyerahkan surat peletakan jawatannya.

"Saya hanya sempat jumpa beberapa jam sebelum beliau (Chin Cheh) serah surat letak jawatan. Tiada rundingan dengan beliau tetapi sudah tentu saya kena hormat keputusannya bagi membolehkan saya bertanding," katanya Anwar di Taman Mesra Kajang di sini malam ini.

Yang turut hadir Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali; Naib Presiden PKR, Tian Chua; Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin dan beberapa pemimpin tempatan DAP serta Pas.

Dalam pada itu, Anwar terus berdolak-dalik mengenai persoalan bahawa beliau akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor jika menang Pilihan Raya Kecil DUN Kajang, tetapi pada masa yang sama mengakui kepemimpinan Abdul Khalid tidak memiliki kekuatan politik.

Jelasnya, dari sudut pencapaian ekonomi, kepemimpinan Abdul Khalid memang membanggakan tetapi belum cukup kuat untuk berdepan cabaran politik semasa yang dakwanya sedang dirancang dan digerakkan Barisan Nasional (BN) bagi merampas semula Selangor.

"Ramai orang tanya apa akan berlaku selepas ini. Saya jawab biar menang dulu lepas itu kita akan pergi satu persatu. Saya perlu mengucapkan terima kasih kepada Abdul Khalid kerana berjaya mengurus ekonomi Selangor dengan cemerlang melalui sikap jimat cermat dan berhemahnya," katanya.

"Tapi kita sekarang berdepan cabaran realiti politik semasa yang cukup hebat dan untuk mengekalkan Selangor dan menjadikan negeri ini sebagai batu loncatan untuk menawan Putrajaya dalam masa empat tahun lagi, kita memerlukan pasukan kepemimpinan yang lebih mantap," ujarnya. -Utusan

KANTOI!! TAK SAMPAI 24 JAM RAKYAT DAH DAPAT TAHU ANWAR MENIPU #PRKKajang KANTOI!! TAK SAMPAI 24 JAM RAKYAT DAH DAPAT TAHU ANWAR MENIPU #PRKKajang Reviewed by Empayar Pemuda on 7:04 AM Rating: 5

10 comments:

  1. Memang pemimpin yang macamni yang diaorang cari , Pagi cakap lain ,petang cakap lain ,malam cakap lain ,subuh cakap lain , banyak idea katakan

    ReplyDelete
  2. Sekiranya pengundi Kajang bijak, janganlah layan dan angkat seorang gila/penipu macam Anwar jadi wakil rakyat.

    ReplyDelete
  3. dah org selangor suka dia. abang ipar aku anak beranak fanatik gila dgn setan ni

    ReplyDelete
  4. Nabi Muhammad pernah bersabda bahawa didalam dunia ini terdapat Syaitan yg menyerupai manusia..dan Karpal Singh kafirun pernah berkata Anwar harus bertaubat.....aku berkata Lu fikir la sendiri..

    ReplyDelete
  5. Pemimpin macam ni pun masih ada yang sokong menggila. Kata rakyat dah mula bijak menilai kerana sudah berpendidikan tinggi tetapi rupanya penilaian itu hanya untuk pemimpin BN/UMNO sahaja bukan untuk menilai pemimpin PR yang ternyata lebih teruk lagi daripada pemimpin BN/UMNO yang juga dalam kategori teruk pada masa ini. Pilihlah sendiri samada nak yang teruk atau yang lebih teruk.

    ReplyDelete
  6. Pemimpin Kajang paling BODOH. Kau tengoklah mesti Anwar menang punya.

    ReplyDelete
  7. gaji menteri besar selangor kan dah naik tinggi kaw-kaw punya ....n sape tak mau!!

    ReplyDelete
  8. Indon bg rangking no 6 tu !

    ReplyDelete
  9. mari kita sama sama berkempen supaya jangan rakyat ditipu berterusan, kita rakyat ada hak untuk hidup aman bahagia bi negeri tercinta, pemimpin patut menyatukan rakyat bukan menipu rakyat. kalau kita tahu malaun ini penipu kita wajib tolak, agenda melaun ini dia gila kuasa, tak kan kita semua tak Nampak, tak kan dia hebat sangat tak da orang lain yang lebih baik, pendek kata melaun ini penipu besar, gila kuasa, cakap besar, pengkhianat Negara, Negara luar pun dah sedar siapa melaun ini..

    ReplyDelete
  10. Rahsia Pancutkan Isteri Terbongkar !!
    Kenikmatannya Terasa Hingga Ke Subuh !! >>> http://mantopbro.blogspot.com

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.