Thursday, February 6, 2014



Tahukah kita apa yang sedang terjadi kepada etnik beragama Islam Rohingya di Myammar??..EP difahamkan mereka sedang diburu, disembelih dan dibakar hidup-hidup manakala wanita serta kanak-kanak akan diasingkan daripada lelaki dan dibawa ke lokasi rahsia. Apa yang dilakukan ke atas mereka hanya Allah sahaja yang tahu. 

Apa yang lebih menyedihkan, mereka diperlakukan sebegitu hanya kerana etnik Rohingya ini beragama Islam dan tergolong dalam etnik minoriti di Myammar.

Laporan demi laporan yang dihantar oleh agensi berita antarabangsa dari Myanmar semata-mata untuk mencari perhatian dan pembelaan dunia terhadap apa yang berlaku terhadap etnik itu.

Malangnya laporan berita yang dihantar  mengenai penghapusan satu bangsa itu oleh kerajaan negara Myanmar sama sekali tidak dipedulikan oleh negara lain.


Atas semangat agama Islam dan ummah, Etnik Rohingya sangat berbesar hati sekiranya kerajaan Malaysia dapat campur tangan dalam hal Rohingya ini dan selamatkan mereka daripada menjadi mangsa penghapusan etnik oleh kerajaan Myammar.

Sehubungan itu Pergerakan Pemuda UMNO akan menghantar pasukan khas ke Arakan, Myanmar bagi mengumpul fakta dan mendapatkan gambaran lebih tepat serta terkini berhubung kejadian pembunuhan, penindasan, diskriminasi dan eksploitasi berterusan terhadap kaum etnik Rohingya di daerah mereka tinggal.


Pengerusi Biro Hal Ehwal Antarabangsanya, Datuk Mohamed Hazali Abu Hassan berkata, krisis di Myanmar itu jelas mencabul hak asasi etnik berkenaan selaras Artikel 3 Hak Asasi Manusia iaitu hak untuk hidup bebas dan mendapat jaminan keselamatan sepenuhnya. Myanmar yang juga rakan ASEAN seharusnya menunjukkan sikap toleransi dan adil dalam isu etnik Rohingya di negara mereka.

EP ingin ucapkan tahniah kepada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Biro Hal Ehwal Antarabangsanya dalam usaha mereka menangani isu ini..




0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.