HOT : VIDEO PUNCA PERGADUHAN ANTARA PENYOKONG PASUKAN JDT DAN PAHANG TERSEBAR..


Insiden kekecohan perlawanan Liga Super 2014 diantara pasukan JDT menentang Pahang malam tadi adalah berpunca daripada provokasi penyokong kedua-dua pasukan.. Adegan saling membalas membaling objek menjadi punca dan aksi ini berlarutan sehingga ke luar Stadium..


Walau bagaimanapun Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) telah berjaya mengawal dan mententeramkan situasi tegang tersebut dan mengiringi penyokong JDT untuk menaiki bas untuk pulang ke negeri Johor..

Berikut adalah rakaman suasana di dalam stadium yang mana kedua-dua penyokong saling membaling objek..

Kebarangkalian keadaan tegang untuk berlaku diantara penyokong agak tinggi bila perlawanan itu melibatkan pasukan JDT..Kenapa keadaan itu berlaku dan dimana silapnya?

Ikuti penjelasan Menteri Belia dan Sukan mengenai insiden yang berlaku di Stadium Darul Makmur diantara pasukan Pahang menentang JDT..



Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (gambar) meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar segera mencari langkah penyelesaian dalam menangani provokasi melampau penyokong bola sepak tempatan.

Sambil meluahkan kekecewaan terhadap kekecohan yang berlaku antara penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi, beliau berkata FAM perlu menangani perkembangan itu dengan tegas.

"Saya sudah berbincang dengan Datuk Hamidin Mohd Amin (Setiausaha Agung FAM) dan beliau memberi jaminan akan menangani isu ini dengan serius. "Saya amat risau dengan apa yang berlaku," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada simposium kepimpinan "National Aspiration and Leadership Symposium" di Kuala Lumpur hari ini.

Berlaku provokasi antara penyokong kedua-dua pasukan sebaik perlawanan tamat yang turut menyebabkan ada penyokong JDT cedera dipercayai akibat terkena balingan objek keras.

Sebelum kira-kira 300 penyokong JDT cuba bertindak balas, Pasukan Simpanan Persekutuan berjaya meleraikan kumpulan terbabit yang cuba menyerbu ke arah kumpulan penyokong Pahang.

Pahang menang tipis 3-2 dalam perlawanan itu. - Bernama
HOT : VIDEO PUNCA PERGADUHAN ANTARA PENYOKONG PASUKAN JDT DAN PAHANG TERSEBAR.. HOT : VIDEO PUNCA PERGADUHAN ANTARA PENYOKONG PASUKAN JDT DAN PAHANG TERSEBAR.. Reviewed by Empayar Pemuda on 11:45 PM Rating: 5

6 comments:

  1. Patutnya pasukan pantai timur adakan Liga Pantai Timur terdiri daripada Pahang, Trengganu dan Kelantan dan tidak usah masuk Liga Malaysia. Buat malu je. Pasukan yang ego, kuat merajuk dan tidak bertamaddun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyokong johor nie...

      Delete
  2. Johor lawan Kelantan = Gaduh
    Johor lawan T team = Gaduh
    Johor Lawan Pahang = Gaduh

    nak bg sokongan dekat pasukan ke nak gaduh ?

    ReplyDelete
  3. Johor lawan Kelantan = Gaduh
    Johor lawan T team = Gaduh
    Johor Lawan Pahang = Gaduh

    nak bg sokongan dekat pasukan ke nak gaduh ?

    ReplyDelete
  4. Sbb bola melayu gaduh, bangang

    ReplyDelete
  5. Rahsia Pancutkan Isteri Terbongkar !!
    Kenikmatannya Terasa Hingga Ke Subuh !! >>> http://mantopbro.blogspot.com

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.