HOT : SITKOM KOPITIAM 88 DAN PELAKON BIADAP CNY DI 'GAM' OLEH RTM..

Tahniah EP ucapkan pada Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Norhyati Ismail kerana berani mengambil tindakan yang tegas terhadap pelakon Sitkom 88 Kopitiam yang disiarkan menerusi TV2.

Penglibatannya bersama Teresa Cock menghasilkan Video Tahun Baru Cina yang menghina pemimpin negara dan memperlekehkan isu keselamatan negara dilihat sebagai satu tindakan yang kurang ajar dan biadap dan boleh menimbulkan ketegangan kaum di Malaysia..



Sitkom 88 Kopitiam yang bersiaran di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) dihentikan sementara bagi menyiasat kesahihan dakwaan pembabitan pelakonnya dalam klip video yang dikatakan mencemar imej negara.


Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail (gambar) berkata RTM akan memanggil penerbit rancangan berkenaan dalam masa terdekat untuk mengesahkan pembabitan pelakon tersebut.

"Ini untuk memastikan tiada sebarang pihak teraniaya atau dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas dakwaan yang mengaitkan pelakon sitkom berkenaan dengan video yang mencemar imej negara.

Video yang disiarkan melalui media sosial sempena Tahun Baharu Cina itu membabitkan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.

Sitkom 88 Kopitiam disiarkan menerusi TV2 pada setiap Isnin, pukul 7 malam dan mengetengahkan isi-isu semasa dalam kalangan masyarakat Cina berlatarkan kopitiam dengan konsep komedi bersahaja.

Norhyati berkata RTM akan mengkaji mana-mana rancangan yang mengaitkan pelakonnya dengan aktiviti yang memburuk-burukkan nama dan imej negara.

RTM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pelakon yang terlibat dengan penerbitan program sedemikian, katanya. - Bernama
HOT : SITKOM KOPITIAM 88 DAN PELAKON BIADAP CNY DI 'GAM' OLEH RTM.. HOT : SITKOM KOPITIAM 88 DAN PELAKON BIADAP CNY DI 'GAM' OLEH RTM.. Reviewed by Empayar Pemuda on 7:48 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.