HOT : PETUNJUK SIAPA CALON BN DI #PRKKajang DIDEDAHKAN OLEH TPM

Macam-macam spekulasi yang dibuat oleh banyak pihak mengenai calon yang akan mewakili BN menentang Anwar dalam PRK Kajang tak lama lagi. Jom kita baca apa kata Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kriteria calon yang akan dipilih....


Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan BN akan meletakkan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bila PRK itu diadakan nanti.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri menegaskan kerusi DUN Kajang secara tradisi adalah kerusi milik MCA.

"Biasa kita buat pemilihan yang teliti dan munasabah. Calon yang boleh diterima, ada prestasi yang baik, tidak bermasalah dan merupakan ahli parti komponen.

"Kerusi DUN Kajang milik MCA. Walaupun ada pelbagai pandangan. Ini akan diputuskan dan dibincangkan pada peringkat kepimpinan parti," tegas Muhyiddin.

Muhyiddin bercakap kepada media dalam sidang akhbar di sini hari ini selepas membuat tinjauan di beberapa pasar raya besar dan kedai harga patut di Nilai dan Kajang.

Beliau sekali lagi menepis cakap-cakap kononnya beberapa individu termasuk pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wai akan menajdi calon BN.

Muhyiddin berkata, sehingga kini pucuk pimpinan BN masih belum membuat apa-apa keputusan.

"Kita belum putuskan apa-apa. Ini pandangan-pandangan pelbagai pihak ada yang kata Lee Chong Wei, Liow Tiong Liow, itu terserah kepada mereka. 

"Saya fikir biar kita serah kepada kepimpinan. Kita ada kriteria-kriteria yang kita ambil kira menjadi calon yang sesuai dan layak," kata Muhyiddin. - UTUSAN ONLINE
HOT : PETUNJUK SIAPA CALON BN DI #PRKKajang DIDEDAHKAN OLEH TPM HOT : PETUNJUK SIAPA CALON BN DI #PRKKajang DIDEDAHKAN OLEH TPM Reviewed by Empayar Pemuda on 12:17 AM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.