Thursday, February 13, 2014

Siapa yang sebenarnya tak faham proses demokrasi..SPR atau PKR?? 

Sam Ketot kata SPR tak faham proses demokrasi sebab sengaja tetapkan tarikh PRK Kajang pada 11 Mac. Alasannya tarikh tersebut bertindih dengan tarikh penamaan calon PRK Dun Kajang dan hari kedua sidang Dewan Rakyat dimana Anwar akan berucap dalam Dewan Rakyat pada hari tersebut..

Tapi apa yang EP nampak PKR yang sebenarnya tak faham proses demokrasi..ADUN PKR Kajang letak jawatan TANPA SEBAB hanya semata-mata hendak memberi laluan pada Anwar..Untuk apa??

Macam-macam punya versi alasan diberikan oleh pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat..

1. Ada yang kata nak menghalang BN rampas Selangor dengan cara yang kotor..
2. Ada yang kata untuk memantapkan lagi pentadbiran negeri Selangor..
3. Ada yang kata untuk menggantikan Khalid sebab Khalid lembik dan tak reti politik..
4. Ada yang kata masalah antara Khalid dan Azmin tidak akan selesai jika Anwar tak jadi MB..

dan banyak lagi alasan-alasan yang tidak munasabah diberikan oleh mereka hanya untuk merelakan Anwar bertanding..Wang dan masa rakyat dibazirkan begitu sahaja hanya kerana nak menyelesaikan masalah dalaman parti PKR..Adakah ini dinamakan proses demokrasi..

Kalau nak ikut proses demokrasi yang betul..sepatutnya jawatan MB diberikan pada PAS kerana kerusi PAS lagi banyak daripada PKR dan EP rasa PAS Selangor tidak mempunyai krisis dalaman parti yang teruk macam PKR..Bergaduh sesama sendiri merebut jawatan..

Jadi bagi EP tak salah SPR tetapkan tarikh PKR Kajang pada 11 Mac sebabnya tugas SPR nak kena pastikan persiapan dan perjalanan PRK Kajang berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan bukannya menjaga kepentingan Anwar..

Nasihat EP pada Sam Ketot..kaji betul-betul sesuatu perkara belum bercakap..Nanti buat malu parti je..Memang patut la budak-budak SAM kata Sam Ketot ni lembik dan penakut...kerjanya cuma tahu kipas bontot Anwar je..

Lupa plak.. Sam Ketot tak perlu risau pasal isu UMNO akan guna kes liwat Anwar untuk berkempen di PRK Kajang sebab dia sendiri dah jawab yang rakyat telah terlalu muak dengan cerita peribadi..Biarlah rakyat yang menilainya ye...



Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang sebagai tidak peka terhadap kehendak proses demokrasi di negara ini.

Menurut Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa tarikh 11 Mac itu juga sengaja ditetapkan agar bertindih dengan tarikh penamaan calon PRK Dun Kajang dan hari kedua sidang Dewan Rakyat.

"AMK pertikai kenapa SPR seolah-olah sengaja menetapkan tarikh yang sama.

"Ia akan menyukarkan calon Dun Kajang yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang pada kebiasaannya akan berucap pada hari kedua dewan rakyat," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata pendedahan seorang pemimpin tertinggi Umno bahawa parti itu akan menggunakan kes fitnah liwat Anwar pada tarikh perbicaraan rayuan.

"Saya yakin strategi lapuk Umno untuk menyerang peribadi Datuk Seri Anwar akan terus digunakan, namun rakyat telah terlalu muak dengan cerita peribadi.

"Fokus AMK ialah untuk memberikan kefahaman mengenai isu-isu semasa khususnya ekonomi," katanya lagi.

1 comments:

Anonymous said...

Rakyat lebih rela Datuk Seri Anwar bertanding
lu sakit mana

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.