Tuesday, February 4, 2014


Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang berkemungkinan menyaksikan seorang lagi kenalan rapat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan diri bertanding menentang Ketua Pembangkang itu.

Senator Datuk S. Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Kebangsaan India Malaysia (MUIP) pada Isnin menyatakan minat untuk bertanding menentang Anwar dalam PRK itu nanti.


Pengumuman rasmi mengenai hasratnya itu akan dibuat pada sidang media khas di pejabat MUIP petang Selasa.

Sebelum ini bekas pembantu peguam bela Anwar, Yuktes Vijay turut menyatakan hasrat bertanding sebagai calon bebas pada PRK Kajang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Rabu ini bagi menentukan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas Adun kawasan itu, Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan pada 27 Januari lepas.

Pakatan pembangkang menamakan Anwar sebagai calon mereka jika pilihan raya kecil diadakan. - Mstar

** Masuk kali ni..dah berkali-kali Anwar cabar Nalla, Nalla cabar Anwar..Naik court, turun court tapi segala video dan bukti yang dijanjikan oleh Nalla untuk menutup buku politik Anwar di Malaysia masih tak nampak-nampak..EP terlepas pandang ke atau bukti yang ada pada Nalla hanyalah bukti GHAIB.. 


0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.