HOT : KALAU PERKARA NI ADA KPI..CONFIRM ANWAR FAIL/GAGAL...


Sikap dan tindakan pemimpin pembangkang yang melampau kebelakangan ini, menunjukkan kegagalan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendidik mereka menjadi ahli politik profesional yang dihormati.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin berkata, tindakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung klip video Tahun Baharu Cina dan Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon mengenai isu kangkung adalah tidak bersesuaian untuk seorang ahli politik sepenuh masa yang menerima pendapatan dari profesion mereka.

Menurutnya, jika dulu ketika bersama Umno, Anwar galak memperjuangkan konsep masyarakat madani dan generasi al-Quran, mengapa sekarang beliau kelihatan tidak peduli atau berdaya membentuk peribadi mulia dalam kalangan pemimpin pembangkang.

“Kita sepatutnya menggalakkan pembentukan masyarakat bertamadun yang bertindak bukan bersandarkan emosi tetapi lebih kepada pemikiran rasional, bertimbang rasa dan sensitif,” katanya.

Beliau berpendapat, Anwar sebagai Ketua Pembangkang perlu menjalankan tanggungjawab dengan menasihati pemimpin pembangkang supaya tidak menyalahgunakan kebebasan yang ada.
HOT : KALAU PERKARA NI ADA KPI..CONFIRM ANWAR FAIL/GAGAL... HOT : KALAU PERKARA NI ADA KPI..CONFIRM ANWAR FAIL/GAGAL... Reviewed by Empayar Pemuda on 12:02 AM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.